Saturday, December 4, 2021

Astro Membawakan Tayangan Perdana Eksklusif ‘Adele One Night Only’

Astro bakal membawakan tayangan perdana eksklusif ‘Adele One Night Only‘ di Astro On Demand dan Astro GO.

Pelanggan Movies Pack Astro boleh menikmati tayangan perdana tersebut pada hari Ahad jam 9 malam, 21 November 2021.

Adele One Night Only‘ menampilkan penyanyi popular Adele dengan membawakan lagu-lagu untuk konsert beliau dan temu ramah khas bersama Oprah Winfrey untuk anda semua.

Konsert ini akan berlangsung selama 2 jam dari Griffith Observatory, Los Angeles.

Banyak lagu-lagu popular daripada album seperti 30 (2021), 19 (2008), 21(2011) dan 25 (2011) akan dinyanyikan oleh beliau dalam tayangan perdana istimewa tersebut.

Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh Adele ialah Hello, Easy On Me, Skyfall, I Drink Wine, Someone Like You, When We Were Young, Make you Feel My Love, Hold On, Rolling In The Deep dan Love Is A Game.

Adele juga akan berkongsi pengalaman beliau dalam dunia seni dan kehidupannya selepas bercerai dalam temu bual bersama Oprah Winfrey.

Baca Seterusnya : Dengarkan Billie Eilish, ‘Lost Cause’ Single Terbaru Bersama Video Muzik

Sumber : Sidang Media Astro

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru