Saturday, December 4, 2021

Anime Demon Slayer Kini Kembali Dengan Musim Kedua

Akhirnya anime yang paling dinanti-nantikan iaitu Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba kembali dengan Musim Keduanya.

Anime yang berdasarkan kepada manga popular Jepun ini berkisarkan kisah Tanjiro berjuang sebagai pemburu syaitan selepas seluruh keluarganya kecuali adiknya bernama Nezuko telah dibunuh syaitan yang bernama Muzan Kibutsuji.

Adiknya iaitu Nezuko pula telah bertukar kepada syaitan tetapi disebabkan ikatan keluarga yang erat, Nezuko mengenali Abangnya iaitu Tanjiro dan tidak menjadikan manusia sebagai makanannya.

Pada musim pertama Demon Slayer – Tanjiro Kamado, Unwavering Resolve yang telah pun ditayangkan dalam tahun 2019 lalu ia mempunyai sebanyak 26 episod.

Musim pertama Demon Slayer – Tanjiro Kamado, Unwavering Resolve.

Untuk musim keduanya pula, siri anime ini bermula dengan Demon Slayer – Mugen Train Arc yang mempunyai sebanyak 7 episod.

Siri Mugen Train Arc ini dimulakan dengan kisah asli untuk episod pertamanya yang memfokuskan kepada Hashira Api bernama Kyojuro Rengoku sebelum bermulanya Mugen Train.

Untuk pengetahuan korang juga, siri Mugen Train Arc ini adalah kisah yang disunting semula dan dipecahkan kepada 7 episod daripada filemnya yang ditayangkan pada 2020 lalu berjudul Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie  Mugen Train.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Mugen Train Arc.

Selepas tamat 7 episod Demon Slayer – Mugen Train Arc ini, barulah ia akan disambungkan dengan siri seterusnya pula berjudul Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Entertainment District Arc yang akan mempunyai sebanyak 11 episod.

Jadi, keseluruhan musim kedua Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba ini akan mempunyai sebanyak 18 episod.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Entertainment District Arc

Musim kedua Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Mugen Train Arc telah pun mula ditayangkan di platfom penstriman Netflix bermula 10 Oktober 2021 lalu.

Sumber: FB Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba

ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru