Saturday, December 4, 2021

AirAsia Menawarkan Servis Penghantaran Barang ‘Xpress’

AirAsia telah melancarkan AirAsia Xpress iaitu perkhidmatan penghantaran barang terbaru dengan pantas kepada pengguna.

Menerusi aplikasi AirAsia Super App, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran barang Xpress ini di kawasan Lembah Klang, Melaka, Johor Bharu, Kota Bharu, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu.

Penghantaran barang boleh sampai dalam tempoh masa yang singkat iaitu bawah sejam dan pada hari yang sama menggunakan motosikal dan kereta (4-6 jam).

AirAsia juga memberikan diskaun pengenalan istimewa selama 72 jam untuk penghantaran secara percuma terhad pada RM10 sahaja. Diskaun ini boleh anda dapatkan bermula dari 23 November 2021 hingga 25 November 2021.

Pelancaran perkhidmatan ini adalah seiring dengan kepesatan e-dagang dalam musim endemik COVID-19 yang masih kita semua hadapi sehingga sekarang.

Baca Seterusnya : Jom Rebut Tawaran-Tawaran Menarik AirAsia Sempena Sambutan AirAsia Super App Day

Sumber : AirAsia Malaysia

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru