Saturday, December 4, 2021

6 Lokasi Menarik Yang Mesti Anda Lawati Apabila Melancong Ke Pulau Pinang

Pulau Pinang adalah antara negeri yang akan menjanjikan satu pengalaman percutian yang terbaik apabila anda ke sana.

Terdapat pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi anda apabila berada di Pulau Pinang. Tetapi 5 lokasi ini adalah antara tempat menarik yang mesti dikunjungi anda.

1. Escape Theme Park Penang

Berita baik untuk peminat sukan lasak dan aktiviti air lasak, anda boleh ke Escape Theme Park Penang apabila bercuti di sana.

Pelbagai aktiviti lasak yang disediakan yang mampu membuat anda berpuas hati bercuti di sana. Escape Theme Park Penang ini mempunyai aktiviti seperti sling shot, tubby racer dan jungle swinger untuk pengunjung.

Kanak-kanak dan dewasa boleh melakukan aktiviti dengan gembira dan menarik mengikut pakej yang disediakan.

Taman Tema Air di sana juga mempunyai banyak permainan yang boleh dicuba seperti Tubby Tunner, Tubby Rapids dan banyak lagi.

Anda boleh bercuti di sana tanpa ragu-ragu dengan harga tiket yang berbaloi untuk semua aktiviti yang disediakan.

2. Penang 3D Trick Art Museum 

Muzium ini mempunyai lebih 40 ilustrasi 3 dimensi yang sangat menarik untuk anda sekeluarga bergambar.

Pelbagai ilustrasi 3D yang dipamerkan mempunyai kisah yang tersendiri melalui penyampaian seni estetika. Terdapat ilustrasi yang mempunyai konsep budaya, suasana perkampungan dan seni setempat.

Bagi kanak-kanak pula, pasti mereka teruja melihat lukisan-lukisan 3D yang berkonsepkan watak animasi kartun, haiwan dan banyak lagi.

Sekiranya anda melawat di muzium ini, anda juga boleh melawati lokasi berdekatan lain seperti Mee Sotong Hameed dan Fort Cornwallis.

3. PG Gold Museum

Jika anda sukakan emas dan ingin merasai satu pengalaman yang berbeza apabila melihat emas, and boleh pergi ke PG Gold Museum.

Anda boleh merasai sendiri bagaimana rasanya memegang jongkong emas bernilai jutaan ringgit dan merasai pengalaman mendulang emas.

Muzium ini juga akan menunjukkan demonstrasi tentang cara-cara mencairkan dan membeku emas dalam acuan yang disediakan.

Anda juga berpeluang melihat pelbagai jenis kilogram jongkong emas dan perak di depan mata. Tarikan lain pula ialah, anda akan dapat menyentuh semua jongkong tersebut melalui lubang sebesar 4 inci.

Tiket untuk masuk ke dalam muzium ini hanya RM28 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.

4. Taman Rimba Teluk Bahang

Kredit Gambar : nyenyeljemen

Bagi anda yang mahukan aktiviti riadah sambil menikmati keindahan alam, bolehlah berkunjung ke Taman Rimba Teluk Bahang yang akan memberikan anda pemandangan seolah-olah anda sedang berada di Krabi, Thailand.

Terdapat kolam mandi buatan manusia dan sungai yang jernih untuk anda mandi bersama rakan-rakan atau keluarga.

Masuk hanyalah percuma dan anda bebas melakukan aktiviti seperti mandi manda dan berkelah di kawasan tersebut tanpa gangguan.

Jangan lupa untuk menjaga kebersihan alam sekitar supaya tidak tercemar dan sentiasa dijaga.

5. The Gravityz Penang

Bagi mereka yang gemar untuk melakukan aktiviti lasak dan mencabar bolehlah cuba The Gravityz Penang. The Gravityz Penang menawarkan beberapa aktiviti di puncak Menara Komtar seperti Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, Z-Wire, G-Rocky & X-Point. 

The Gravityz Penang ini terletak di puncak Menara Komtar di Georgetown yang dengan ketinggian 249 meter dan 2 kali ganda tinggi daripada Menara Taming Sari di Melaka.

Ia berada pada tingkat ke-65 menara tersebut.

6. Entopia

Entopia merupakan sebuah taman rama-rama moden yang mesra pengunjung. Ia bukan sekadar taman rama-rama malah ia juga mempunyai cafe sendiri untuk anda berehat dan nikmati makanan dengan selesa.

Kawasan yang anda boleh lawati untuk ruang reptilia dan serangga. Ia juga mempunyai binatang yang tidak mempunyai tulang belakang iaitu Cacoon.

Harga tiket masuk Taman Rama-Rama Entopia bagi warganegara dewasa ialah RM49 dan RM29 bagi kanak-kanak dan warga emas.

Jadi, apa tunggu lagi? Anda boleh rancang perjalanan untuk percutian anda ke Pulau Pinang sekarang juga.

Baca Seterusnya : 5 Lokasi Menarik Yang Patut Anda Lawati Di Pulau Langkawi

Sumber : Cari Destinasi

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru