Saturday, December 4, 2021

5 Tips Penjagaan Kulit Cantik Untuk Wanita

Wanita sememangnya sinonim dengan perkataan ‘Cantik’. Mereka mungkin akan bertanya sekurang-kurangnya sekali sehari, adakah mereka cantik atau tidak.

Kecantikan merupakan satu perkara yang subjektif kerana setiap wanita sebenarnya cantik dengan cara yang tersendiri.

Mereka juga tidak dapat menafikan perasaan mereka untuk menjaga kecantikan mereka sehingga mereka tua walaupun mereka sebenarnya sudah cantik. Oleh sebab itu, wanita akan mencari banyak tips untuk digunakan bagi menjaga kecantikan kulit mereka.

Jadi, jom kita lihat 5 tips penjagaan kulit yang cantik untuk wanita!

1. Minum Air Secukup

Air sememangnya penting dan akan selamanya penting untuk kecantikan kulit dan kesihatan diri. Lapan gelas air kosong yang diperlukan setiap hari untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Kulit manusia terdiri daripada 64% air dan sekiranya anda tidak minum air kosong dengan betul, kulit anda akan kering, menggelupas, dan lebih mudah berkedut.

Anda juga perlu kurangkan minuman bergula untuk hasil kecantikan kulit yang lebih bersinar.

Hanya dengan minum air kosong secukupnya, anda dapat pelbagai manfaat untuk diri termasuklah kecantikan kulit! Pasti semua orang akan terpukau dengan hasilnya setelah menjadikan amalan ini rutin harian anda.

2. Pelindung Cahaya Matahari (Sunscreen)

Semua wanita perlu memastikan diri mereka sentiasa dilindungi oleh pelindung cahaya matahari secukupnya pada setiap hari sebelum keluar daripada rumah.

Pelindung cahaya matahari boleh didapati di setiap farmasi dan kedai-kedai menjual produk kecantikan dengan harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai jenis pelindung cahaya matahari yang boleh anda beli untuk kegunaan anda setiap hari.

Ia merupakan losen, semburan, atau produk yang mampu menyerap atau memantulkan sinaran ultraungu (UV) matahari demi melindungi kulit. Anda juga tidak akan kelihatan tua dengan menggunakan pelindung cahaya matahari.

Jadi, mulakan hari anda dengan menggunakan pelindung cahaya matahari daripada sekarang!

3. Menukar Cadar Bantal Dengan Kerap

Penting untuk anda menukar cadar bantal dengan kerap sekiranya anda mahu kulit yang cantik! Cadar bantal anda perlu ditukar dengan kerap kerana bantal yang kotor boleh menyebabkan anda mudah timbul jerawat di atas muka.

Kulit muka anda juga akan menjadi gatal disebabkan oleh kotoran yang ada pada cadar bantal tersebut.

Hal ini adalah kerana, anda menghabiskan masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari tidur menggunakan bantal anda. Kotoran di atas bantal anda boleh menyebabkan banyak masalah kepada kulit!

4. Elakkan Memakai Produk Berbahaya

Produk yang mengandungi bahan kimia sememangnya mendatangkan kesan yang pantas tetapi ia sangat berbahaya kepada kulit anda sekiranya anda berhenti menggunakannya atau tidak sesuai dengan kulit anda.

Anda perlu memeriksa terlebih dahulu label kandungan yang berada pada produk sebelum membeli dan memakainya. Bahan seperti sodium lauryl sulfate iaitu agen pembuih yang popular boleh menyebabkan alergik, ruam merah dan parut kekal.

Antara bahan lain yang berbahaya sekiranya terdapat dalam produk ialah petrokimia dan triclosan.

5. Gaya Pemakanan Yang Sihat

Pemakanan juga penting sama seperti pentingnya minum air kosong yang cukup dalam kehidupan seharian. Jenis makanan yang anda makan akan menentukan tahap kecantikan kulit anda.

Sekiranya anda gemar makan makanan segera dan makanan yang tinggi gula, anda juga tidak akan mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Kulit bersinar juga tidak akan dimiliki sekiranya anda makan makanan tidak sihat. Jadi, anda perlu mula amalkan pemakanan yang sihat seperti makanan yang mempunyai vitamin C seperti buah-buahan sebagai contoh buah oren.

Sayur-sayuran juga amat baik untuk kulit anda. Amalan makan mengikut piramid makanan juga perlu diterapkan untuk kecantikan kulit anda!

Sekiranya anda ingin meningkatkan tahap kecantikan kulit anda, mula mengikuti semua tips yang diberikan dengan konsisten. Selamat mencuba!

Baca Seterusnya : Tips Elak Keguguran Rambut

Sumber 1 & Sumber 2

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru