Friday, January 21, 2022

5 Tanda Utama Seseorang Itu Mempunyai IQ Yang Rendah

IQ atau Intelligence Quotient merupakan cerminan kepada kemahiran kognitif seperti penaakulan, logik dan penyelesaian masalah. Setiap manusia mempunyai IQ namun berbeza tahapnya.

Kebanyakan manusia mempunyai IQ di antara 85% sehingga 115% dan IQ tertinggi pula boleh mencapai sehingga 200%. Bagi peratus IQ yang rendah pula, adalah dibawah 70%.

Tahap IQ boleh mempunyai kesan terhadap manusia terutama kepada mereka mempunyai IQ yang rendah. Antara kesannya ialah :

1. Hilang Semangat Ingin Tahu Dalam Diri

IQ yang rendah menyebabkan seseorang tidak mahu mengetahui sesuatu ilmu atau perkara dengan lebih dalam atau terperinci. Mereka lebih memilih untuk sekadar mengetahui satu perkara tersebut tanpa mempunyai tanda tanya untuk perkara itu.

Mereka merasa bahawa apa yang diketahui adalah mencukupi bagi meneruskan kehidupan.

2. Tidak Mengubah Keputusan Dengan Kerap

Sebenarnya, apabila seseorang menukar keputusan atau pendapat mereka, ia menunjukkan dia seorang yang genius. Ia berbeza dengan mereka yang mempunyai tahap IQ yang rendah kerana mereka tidak akan mengubah keputusan atau pendapat mereka dengan kerap kerana malas untuk berfikir.

3. Berfikiran Sempit

Tahap IQ yang rendah boleh menyebabkan manusia berfikir dengan sempit. Mereka beranggapan bahawa mereka sentiasa betul dan tidak mahu orang lain menang.

Mereka sebenar ego kerana tidak mahu menerima info baharu kerana menganggap mereka sudah cukup mengetahui tentang perkara yang dibahaskan.

4. Tidak Mahu Berusaha

Individu yang mempunyai tahap IQ yang rendah kebanyakannya malas berusaha dan mahukan perubahan melalui orang lain. Mereka berfikiran bahawa orang lain mampu merealisasikan impian atau fantasi mereka sedangkan mereka tidak melakukan perkara yang sama.

Mereka lebih gemar berfantasi tentang sesuatu yang diinginkan tanpa mengubah diri sendiri untuk berusaha mendapatkan keinginannya.

5. Gagal Menilai Diri Sendiri

Akibat daripada lemah daya fikiran, mereka yang mempunyai IQ yang rendah tidak mampu berfikir tentang diri sendiri seperti keperibadian mereka. Mereka tidak dapat menilai sesuatu yang berlaku pada diri mereka sehingga tidak peduli tentang apa sahaja yang berlaku pada diri mereka.

Walaupun perkara tersebut merupakan perkara yang buruk. Mereka menerima tanpa mengubah diri sendiri menjadi lebih baik. Mereka menganggap ia tidak perlu dilakukan kerana semua yang ada pada diri mereka sudah mencukupi.

Tapi jangan risau, walaupun mempunyai tahap IQ yang rendah tetapi anda mampu mengubahnya dengan berusaha menjadi lebih baik.

Albert Einstein pun ada tahap IQ yang rendah tapi selepas berusaha beliau menjadi orang paling genius di dunia.

Baca Seterusnya : 5 Fakta Menarik Yang Pasti Mengejutkan Anda!

Sumber 1

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru