Saturday, December 4, 2021

5 Tabiat Buruk Yang Harus Dielakkan Selepas Makan

Kalau bab makan, semua orang suka makan, itu termasuklah sekali dengan penulis sendiri. Makanan yang ada di Malaysia ini pula memang sungguh memukau pandangan setiap orang yang melihat.

Jadi, bila sebut sahaja Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kandar dan Laksa Penang, mesti semua dah terliur nak makan. Tapi lepas makan tu anda tahu ke apa yang tidak boleh anda lakukan?

Demi kesihatan anda semua, jom kita sama-sama lihat 5 perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan selepas makan.

1. Tidur

Rutin tidur selepas makan ni mesti semua orang mesti pernah lakukan walaupun sekali dalam hidupnya. Tapi sebenarnya tidur selepas makan tidak baik untuk tubuh badan manusia.

Hal ini dikatakan demikian kerana, badan kita perlu memproses makanan dan minuman dengan betul supaya kita mendapat nutrisi yang sepatutnya tetapi tidur membantutkan proses tersebut.

Perut buncit juga boleh terjadi kepada anda jika tidur selepas makan.

2. Merokok

Ini merupakan satu petanda kepada para perokok untuk berfikir dua kali jika mahu merokok selepas makan. Seperti yang semua tahu, rokok mempunyai banyak bahan yang berbahaya untuk kesihatan diri dan orang sekeliling.

Apabila seseorang merokok selepas makan, bahayanya adalah seperti orang tersebut menghisap 10 batang rokok. Bayangkan bagaimana agaknya kesan 10 batang rokok untuk diri anda dan orang sekeliling.

Jadi, ambillah langkah awal untuk berhenti merokok untuk kesihatan bersama. Anda boleh lakukannya.

3. Mandi

Perut buncit pun boleh terjadi jika anda mandi selepas makan. Mesti anda tidak percaya kan? Tapi ya, perkara ini benar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan makanan anda untuk nutrisi terbaik.

Darah yang mengalir pada perut itulah punca kepada lambat proses pencernaan manusia.

Jika anda memang mahu mandi selepas makan, pastikan anda menunggu terlebih dahulu makanan anda dicerna dengan baik.

4. Minum Teh

Bahan yang terdapat dalam teh iaitu asid tidak bagus untuk makanan protein anda. Ia akan menyebabkan proses penyerapan zat besi untuk badan akan terganggu.

Jadi, minum teh selepas makan adalah tidak bagus dan jika anda masih berkeras mahu minum teh selepas makan, anda perlu menunggu beberapa jam selepas makan.

5. Makan Buah-Buahan

Sebenarnya buah-buahan ini perlu dimakan sebelum makan bukannya selepas makan. Ramai orang yang gemar makan buah selepas makan kerana dianggap sebagai pencuci mulut tetapi anda sebenarnya salah.

Makan buah-buahan selepas makan boleh menyebabkan makanan anda tidak diproses dengan betul. Jadi, kalau nak makan buah, makanlah sebelum anda makan makanan berat okay?

Semua perkara-perkara tersebut memang tidak boleh dilakukan selepas makan, jadi lepas dah tahu info ini, anda boleh berhenti lakukan perkara-perkara tersebut untuk kesihatan diri anda.

Anda boleh mengubahnya dari sekarang dan jangan mengalah.

Baca Seterusnya : 5 Tips Penjagaan Kulit Cantik Untuk Wanita

Sumber 1 & Sumber 2

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru