Friday, January 21, 2022

5 Makanan Popular Korea Yang Mudah Anda Dapat Di Malaysia

Peminat-peminat drama Korea khususnya mesti tahu makanan-makanan Korea yang popular macam yang dipertontonkan dalam drama-drama Korea , betul tak?

Jadi mesti ramai mengimpikan diri mereka makan makanan-makanan tersebut dengan oppa dan unni tersayang. Jadi jom kita lihat makanan-makanan popular dari negara Korea Selatan yang mudah anda temukan di Malaysia.

1. Ramen

Kredit Gambar : Ben Independent Grocer

Kalau sebut ramen mesti semua orang tahu rupa makanan tersebut. Ia sangat popular di kalangan anak-anak muda yang meminati K-Pop atau K-Drama.

Ramen merupakan makanan segera yang sangat mudah dijumpai dalam kedai-kedai runcit di Korea.

Malaysia juga menjual banyak jenis ramen yang diimport daripada Korea versi Halal. Tekstur mee nya yang kenyal dan tebal serta rasa yang sedap menyebabkan ramai yang menyukai ramen selepas kali pertama mencubanya.

Ramen yang paling laris dijual di Malaysia merupakan ramen daripada jenama Samyang manakala ramen paling popular ialah ramen daripada jenama Shin Ramyun.

2. Gimbap (Kimbap)

Gimbap merupakan sushi Korea yang sama konsepnya dengan sushi Jepun yang dibalut dengan rumpai laut kering dengan sayuran, telur goreng dan diapit dengan nasi yang kenyal seperti pulut.

Kalau di Korea, jika anda pergi ke Pasar Gwanjang, anda akan melihat pelbagai jenis gimbap yang dihidangkan dengan mustard pedas.

3. Gamja-Hotdog (Corndog)

Makanan yang digelar ‘Corndog‘ oleh rakyat Malaysia ini rupa-rupanya berasal daripada Korea. Ia merupakan makanan ringan yang dijual dengan inti sosej atau keju di dalamnya.

Gamja-Hotdog ini sering muncul dalam drama-drama Korea dan biasanya dilihat dijual di gerai tepi jalan sahaja. Lihat sahaja sudah kecur air liur dibuatnya.

4. Oden

Oden, makanan Korea yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kalau kita lihat di pasar-pasar malam di setiap negeri, mesti akan ada sekurang-kurangnya satu atau dua penjual oden ini.

Konsep oden ini juga sama seperti ‘Steamboat‘ atau ‘Yong Tau Foo’ dan ia memang sedap. Ia dihidangkan dengan sup panas yang lazat atau kuah pedas merah yang sedap dengan pelbagai jenis oden yang boleh dipilih.

5. Ayam Goreng Keju

Kredit Gambar : Daily Makan

Ayam Goreng Keju ni memang banyaklah dijual di Malaysia. Sebut sahaja di daerah mana-mana sekalipun, mesti akan ada orang yang menjualnya.

Terdapat 3 jenis ayam goreng Korea yang biasa dijual di Malaysia seperti Ayam Goreng Pedas, Ayam Goreng Keju dan Ayam Goreng Biasa (Menggunakan bahan perapan istimewa).

Ayam Goreng Pedas dan Ayam Goreng Keju merupakan jenis masakan ayam goreng yang paling banyak mendapat sambutan dan makanan yang paling senang diperolehi di seluruh Malaysia.

Kelima-lima makanan Korea di atas  ini merupakan makanan yang sangat mudah didapati di Malaysia. Anda semua boleh nikmati semua hidang-hidangan Korea ini di restoran-restoran Korea di Malaysia atau peniaga-peniaga tempatan yang menjualnya.

Baca Sekarang : Siri Squid Game Dilaporkan Diseludup Masuk Ke Korea Utara

Sumber : The Travel

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru