Saturday, December 4, 2021

5 Fakta Menarik Yang Pasti Mengejutkan Anda!

Kalau bercerita tentang fakta, semestinya orang akan tertanya-tanya benarkah itu fakta atau hanya sekadar satu penipuan?

Tapi sekarang, anda boleh mempercayai fakta-fakta menarik hanya di Wiser Plus.

Fakta menarik yang akan dikongsikan kepada anda ini merupakan fakta yang jarang orang ketahui dan anda perlu teruskan membaca!

Jadi, jom kita lihat 5 fakta menarik yang akan membuat anda terkejut apabila mengetahuinya!

1. Unicorn Merupakan Haiwan Kebangsaan Negara Scotland

fakta menarik

Kalau bercerita tentang haiwan yang bernama ‘Unicorn‘ ini pasti menimbulkan keterujaan kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan.

Unicorn dianggap sebagai mitos dan lagenda yang tidak mendapat kesahihannya daripada saintis.

Tapi, tahukah anda bahawa unicorn sebenarnya wujud bagi negara Scotland? Scotland merupakan negara yang menjadikan Unicorn sebagai haiwan kebangsaan.

Mereka mempercayai mitos dan lagenda daripada nenek moyang mereka bahawa unicorn ini sebenarnya wujud.

Mereka mula menjadikan unicorn sebagai haiwan kebangsaan sekitar tahun 1500 dan setiap tahun mereka semua menyambut Hari Kebangsaan unicorn pada 9 April dan sehingga kini masih mempercayai wujudnya unicorn di negara tersebut.

2. Triskaidekaphobia bermaksud takut kepada nombor 13

Kredit Gambar : Jddubstudio

Siapa sangka takut kepada nombor pun boleh mendapat namanya yang tersendiri iaitu triskaidekaphobia. Triskaidekaphobia merupakan panggilan dalam bidang etimologi kepada mereka yang takut kepada nombor 13.

Kalau orang Cina takut pada nombor 4, ia juga sebenarnya mempunyai panggilan tersendiri iaitu tetraphobia. Kalau anda ada nombor yang anda takut untuk lihat atau dapat boleh “google” untuk nama panggilannya.

3. Suara Latar Mickey Mouse dan Minnie Mouse Berkahwin Di Dunia Sebenar

fakta menarik

Semua orang pasti mengenali pasangan kartun Mickey Mouse dan Minnie Mouse yang sering muncul di kaca televisyen anda pada waktu kecik.

Sehingga kini, watak-watak tersebut masih muncul di televisyen kerana ia merupakan kartun Disney yang diminati ramai kanak-kanak di dunia.

Suara latar Mickey dan Minnie juga sebenarnya pasangan di dunia sebenar dan mereka sudah berkahwin! Pasangan tersebut bernama Russi Taylor and Wayne Allwine dan mempunyai 4 orang anak bersama sepanjang perkahwinan mereka.

Malangnya, pasangan tersebut telah meninggal dunia pada tahun yang berlainan iaitu 2009 bagi mendiang Wayne Allwine dan 2019 bagi mendiang Russi Taylor.

4. Drive Thru Mcdonald’s Wujud Disebabkan Oleh Tentera

fakta menarik

Kalau tidak disebabkan oleh David Rich iaitu pengurus Mcdonald’s di Sierra Vista, Arizona, kita sudah pasti terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan burger kegemaran masing-masing.

Rupa-rupanya drive-thru Mcdonald’s ini wujud kerana David Rich berasa sedih apabila pelanggan-pelanggan tetapnya di Arizona tidak dapat membeli Mcdonald’s.

Hal ini disebabkan oleh mereka tidak boleh berpakaian serba lengkap dan menunjukkan diri mereka sebagai seorang tentera.

Jadi, David Rich telah mengambil inisiatif untuk memudahkan pelanggan-pelanggan tetapnya itu dengan mewujudkan konsep drive thru atau pandu lalu supaya mereka tidak perlu turun dan menunjukkan diri mereka di khalayak umum.

Jarak Kem tentera di Fort Huachuca yang dekat menyebabkan tentera-tentera memilih untuk makan di Mcdonald’s. Selepas pembaharuan yang dilakukan David Rich, ia telah memudahkan semua orang di seluruh dunia untuk makan di Mcdonald’s.

5. Cermin Mata Hitam Dicipta Untuk Orang China

Sekarang semua yang memiliki cermin mata mesti untuk menggayakannya ataupun melindungi mata daripada sinaran UV.

Tapi sebenarnya cermin mata hitam dicipta khas untuk orang China kerana mereka ingin menyembunyikan riak wajah mereka ketika dalam kandang bersalah mahkamah.

Tapi sekarang semua orang di seluruh dunia juga menggunakan cermin mata hitam walaupun mereka bukan orang China.

Baca Sekarang : Fakta Menarik Tentang Squid Game Yang Anda Mungkin Belum Tahu!

Sumber 1, Sumber 2, Sumber 3, Sumber 4, Sumber 5

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru