Saturday, December 4, 2021

4 Tips Memandu Dengan Lebih Selamat Ketika Hujan

Pasti semua orang tahu bahaya ketika memandu apabila hujan di jalan raya. Jalan raya pasti akan licin dan penglihatan anda ketika memandu juga akan terhad. Jadi, adakah anda tahu tips memandu ketika hujan?

Jom kita lihat 4 tips memandu ketika hujan dengan selamat yag disyorkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (JSPT).

1. Pandu Secara Perlahan

Bagaimana hendak memandu secara perlahan? Anda boleh memandu dengan kelajuan kurang daripada 80km/j untuk mengelakkan kenderaan anda meluncur disebabkan jalan yang licin.

Kenderaan boleh meluncur disebabkan oleh kelajuan yang melebihi 80km/j kerana tayar tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya.

2. Jangan Terlalu Rapat Dengan Kenderaan Di Hadapan

Keadaan jalan raya yang licin ketika hujan akan menyebabkan anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk berhenti atau brek sekiranya kereta depan berhenti secara tiba-tiba.

3. Jangan Nyalakan Lampu Amaran Bahaya

Ketika waktu hujan, jangan sesekali menyalakan lampu amaran bahaya jika kereta anda tidak berhenti secara tiba-tiba. Ia boleh membahayakan penumpang kenderaan.

Ini kerana, lampu amaran bahaya hanya boleh digunakan semasa kereta anda berhenti atas sebab-sebab kecemasan sahaja.

4. Elakkan Memandu Di Lorong Kanan

Anda perlu mengelakkan diri daripada memandu di lorong kanan supaya kereta yang datang di arah berlawan tidak akan memercikkan air memenuhi cermin hadapan anda. Pandangan anda juga boleh kabur atau tidak dapat melihat sepenuhnya.

Oleh sebab itu, ingat 4 tips ini dan anda mampu menyelamatkan diri anda serta mereka yang tersayang.

Baca Seterusnya : Saintis Berjaya Mencipta Pisau Kayu 3 Kali Lebih Tajam Berbanding Pisau Keluli

Sumber : Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru