Saturday, December 4, 2021

3 Tempat Makan Yang Memang Sedap Di Cyberjaya

Seiiring dengan kebenaran daripada kerajaan untuk makan di premis perniagaan makanan, ramai yang telah mengambil peluang untuk makan di kedai-kedai makan yang menarik.

Pada setiap hujung minggu, mesti ada yang merancang untuk ‘Dine in‘ atau makan di kedai.

Oleh sebab itu, Wiser+ ingin mensyorkan anda untuk makan di 3 tempat makan yang sedap di Cyberjaya. Jadi, jom kita lihat.

1. Restoran Erfan’s Kopi, Neo Cyber

Kalau teringin nak makan sate dan yong taw foo, anda boleh ke Restoran Erfan’s Kopi, Neo Cyber untuk mencuba hidangan-hidangan tersebut.

Rasa sate yang ‘juicy‘ dan sedap ini mampu membuatkan anda rasa ingin makan lagi dan lagi. Sate merupakan makanan popular rakyat Malaysia ketika bersantai atau meraikan sesuatu acara, jadi memang wajib untuk anda mencuba sate di Restoran Erfan’s Kopi ini.

Ditambah pula dengan rasa yong taw foo yang sedap dan murah dibeli dengan harga kombo yang berbaloi.

Anda boleh makan hanya satu pinggan dan berkongsi sahaja dengan keluarga pun sudah mencukupi dan membuatkan anda semua kekenyangan.

2. Restoran Lauk Kampung, Tamarind Square

Bagi anda yang merindui makanan kampung, anda boleh ke Restoran Lauk Kampung di Tamarind Square untuk menikmati juadah-juadah kampung yang lazat.

Ia akan membuat akan teringat akan lauk pauk di kampung anda pada waktu itu juga.

Pelbagai lauk kampung yang ‘rare‘ terdapat disana seperti siput sedut masak lemak cili padi, daging masak hitam dan banyak lagi.

3. Svart Cafe, Tamarind Square 

Kalau nak makan makanan barat pula, anda boleh cuba ke Svart Cafe di Tamarind Square yang menyediakan pelbagai hidangan barat yang sedap dan berbaloi untuk dibeli.

Svart Cafe menjual Steak, pasta dan Salmon yang pelbagai untuk dinikmati oleh pelanggan dengan suasana kedai yang tenang dan cantik untuk bergambar.

Jadi, lepas ni boleh la anda ajak rakan-rakan dan keluarga makan di Cyberjaya dengan kedai-kedai yang disyorkan oleh Wiser+.

Baca Seterusnya : Jom Pakat Serbu Makanan Vegetarian Di IKEA Sekarang!

Sumber 1

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru