Sejak beratus tahun dulu lagi, negara-negara di wilayah Arab sudah banyak menghadapi pelbagai konflik dan perang dengan negara-negara barat sehingga melibatkan penguasa-penguasa besar setiap negara tersebut. Antara yang paling terkenal termasuklah Saddam Hussein, yang pernah menjadi Presiden Iraq selama lebih dua dekad dan pernah menghadapi konflik besar dengan negara Iran dan Amerika Syarikat.

Kebanyakan kita juga dibesarkan dengan bermacam-macam kisah buruk dan persepsi negatif tentang Saddam Hussein. Tapi, siapakah Saddam sebenarnya? Benarkan Saddam seorang yang jahat seperti yang diperkatakan? Apa yang dia dah lakukan?

Latar Belakang

Secara ringkasnya, Saddam Hussein Abd al-Majid al-Tikriti dilahirkan pada 28 April 1937, di Tikrit, Iraq dalam keluarga petani yang sangat susah. Bapanya, Hussein ‘Abd al-Majid sudah tiada sejak sebelum Saddam lahir lagi. Lebih sedih lagi, Saddam pernah dibenci oleh ibunya sewaktu dia masih berada dalam kandungan ibunya, kerana dipersalahkan atas kematian ayah dan abang Saddam. Dalam erti kata lain, Saddam Hussein dipandang sebagai anak yang membawa malang.

Selepas Saddam lahir, Saddam diserahkan kepada pak ciknya kerana ibunya tidak mampu untuk menjaganya. Pada usia 3 tahun, Saddam dikembalikan kepada ibunya setelah ibunya berkahwin lain. Sejak dari itu, Saddam melalui zaman kanak-kanak yang sangat menyedihkan kerana teruk didera oleh bapa tirinya. Kemudian pada umur 10 tahun, dia larikan diri dan pergi tinggal bersama dengan pak ciknya semula di Baghdad. Dari situ, Saddam mula terpengaruh oleh pak ciknya untuk menceburi bidang politik.

Penglibatan Awal Saddam Hussein Dalam Politik

Nama “Saddam” membawa maksud “orang yang berdepan/berhadapan” dan dari maksud itu, jelas terpancar pada diri dan personaliti Saddam sewaktu dia menjadi pemimpin. Seperti yang dikatakan tadi, disebabkan pengaruh oleh pak ciknya, Khairallah Talfah, Saddam memulakan langkah dalam dunia politik seawal umur 20 tahun dengan menyertai parti nasionalis Ba’ath pada tahun 1957.

Abd al-Karim Qassim

Bermula tahun 1958 di bawah pemerintahan Presiden Abd al-Karim Qassim, negara Iraq mula menghadapi ketidakstablilan politik. Saddam Hussein kemudian dilaporkan terlibat dalam percubaan gagal membunuh Presiden tersebut pada tahun 1959, yang juga sendirinya pernah berkomplot membunuh Raja Iraq terakhir, Raja Faisal II, pada tahun sebelumnya.

Raja Faisal II

Selepas gagal dalam percubaan membunuh Abd al-Karim Qassim, Saddam melarikan diri ke Syria yang pada waktu itu masih menerima baik ahli politik parti Ba’ath. Tidak lama selepas itu, Saddam menetap di Mesir dan meneruskan pengajian undang-undang di Universiti Kaherah.

Kenaikan Kuasa

Sewaktu Saddam masih berada di Mesir, berlakunya peristiwa Revolusi Ramadan di mana angkatan bersenjata Iraq berjaya menggulingkan Presiden Qassim pada tahun 1963. Tidak lama selepas Saddam kembali ke Iraq, dia dipenjarakan pada tahun 1964 disebabkan oleh andaian aspirasi politik Saddam yang dianggap boleh membahayakan pemerintah semasa.

Ahmed Hassan al-Bakr

Tak sampai 3 tahun, Saddam berjaya melarikan diri dari penjara pada tahun 1967 dan berazam untuk menstabilkan semula aspirasi politik Ba’ath. Setahun selepas itu pada tahun 1968, sepupu kepada Saddam Hussein, Ahmed Hassan al-Bakr, mengambil alih kuasa sebagai Presiden dengan bantuan Saddam, yang menjadi timbalannya. Menjelang tahun 1976, Saddam dilantik sebagai Jeneral tentera Iraq di bawah penguatkuasaan kerajaan al-Bakr.

Saddam Hussein dan Ahmed Hassan al-Bakr.

Walaupun Saddam hanyalah timbalan, bermacam usaha baik yang telah dilakukan sepanjang perkhidmatannya. Antaranya, memodenisasikan infrastruktur, industri dan kesihatan negara Iraq. Saddam juga meningkatkan layanan sosial rakyat, menaik taraf pendidikan serta memberi subsidi pertanian buat rakyat sehingga ke taraf yang lebih hebat dari negara-negara Arab lain pada waktu itu. Saddam juga telah menasionalisasikan industri minyak Iraq yang berjaya menghasilkan pendapatan terbesar bagi negara tersebut.

saddam hussein

Sewaktu kemuncak kerajaan al-Bakr, Saddam meminta Presiden al-Bakr untuk meletakkan jawatan atas faktor umur dan kesihatan. Malangnya, pada tahun 1979, Saddam mendapat tahu tentang satu hal sulit yang sangat tidak dipersetujui berkenaan dasar politik al-Bakr yang ingin menyatukan negara Iraq dan Syria. Menyedari hal ini, Saddam mula bertindak untuk mengambil alih jawatan Presiden negara Iraq. Setelah al-Bakr meletakkan jawatan, Saddam Hussein naik menjadi Presiden Iraq yang ke-5 pada tahun 1979.

Pencetusan Konflik

saddam hussein

Kenaikan Saddam Hussein sebenarnya dianggap sebagai mimpi buruk dalam kalangan puak Syiah dan Kurdi. Pada waktu itu, pengaruh Syiah sedah berleluasa di Iran dan Syria. Malah, pemimpin Syria ketika itu juga dari kelompok Syiah. Jadi, disebabkan Saddam tidak setuju untuk bekerjasama dengan pemimpin Syiah sekaligus hendak melindungi rakyat Iraq dari kepemimpinan Syiah, Saddam membangkang agenda untuk menyatukan negara Iraq dan Syria.

saddam hussein
Muhyi Abdel Hussein Mashadi

Namun, ada seorang lelaki dari parti Ba’ath yang tidak menyokong kenaikan Saddam secara terang-terangan iaitu, Setiausaha Am parti Ba’ath, Muhyi Abdel Hussein Mashadi.

Hal ini membawa kepada peristiwa hitam 22 Julai 1979. Pada tarikh tersebut, dalam sebuah perjumpaan atau mesyuarat parti politik Ba’ath yang dihadiri oleh semua menteri dan ahli parti, Mashadi telah disuruh untuk membuat pengakuan terang-terangan tentang pengkhianatan itu dengan memanggil sekali setiap nama yang turut berkomplot dalam rancangan khianat tersebut. Dari situ, sejumlah 68 nama pengkhianat telah dipanggil dan dijatuhkan hukuman.

Perang Iraq-Iran

Dalam pada itu, Revolusi Islam di Iran telah meletakkan pemimpin Syiah berkuasa di sana. Saddam yang sememangnya ingin mengelakkan puak Syiah Iraq dari terpengaruh oleh kebangkitan itu, dia pun mula melancarkan serangan terhadap Iran. Pada masa yang sama, serangan juga dilancarkan terhadap puak Kurdi Iraq kerana dipercayai Kurdi memberi sokongan terhadap Iran.

saddam hussein

Serangan yang berlaku ini telah bertukar menjadi perang Iraq-Iran yang berlanjutan selama 8 tahun dari 1980 higga 1988. Perang yang tersangat lama ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa beratus ribu rakyat dari kedua belah pihak.

Perang Teluk (Gulf War)

saddam hussein

Selain Iran, Saddam Hussein juga telah melancarkan serangan terhadap negara Kuwait pada 2 Ogos 1990. Menurut Saddam, serangan itu disebabkan oleh Kuwait yang terlibat dengan agenda zionis Amerika waktu itu. Kata Saddam lagi, amaran sudah diberikan terhadap pihak Kuwait sebanyak 3 kali tetapi tidak diendahkan. Ketika inilah bermulanya Perang Teluk atau Gulf War di Kuwait pada bulan Januari 1991.

saddam hussein

Mengeruhkan lagi keadaan, Amerika Syarikat mula campur tangan dengan meminta bantuan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghalu Iraq keluar dari Kuwait. AS di sini melihat hal ini sebagai satu peluang yang boleh digunakan dalam agenda mereka untuk menjatuhkan kerajaan Saddam. Namun, PBB memutuskan untuk tidak melancarkan serangan ke atas Iraq dan melepaskan Saddam Hussein setelah tentera Iraq keluar meninggalkan Kuwait.

Kejatuhan Saddam Hussein

Masihkan anda ingat peristiwa 11 September 2001 di mana menara World Trade Center di AS telah diserang? Presiden AS pada waktu itu, George W. Bush, percaya bahawa serangan tersebut dilakukan oleh al-Qaeda. Menariknya, Bush juga mendakwa bahawa Iraq di bawah naungan Saddam turut terlibat dalam plot serangan ini. Dengan tiada apa bukti, Bush menuduh Iraq mempunyai segala senjata pemusnah termasuk senjata nuklear.

Lantas, PBB mula menjalankan pemeriksaan senjata di Iraq dan sehingga ke hari ini, mereka langsung tidak menemui apa-apa bukti pemilikan senjata pemusnah. Presiden Bush yang tentunya masih tidak berpuas hati, dia mula melancarkan serangan terhadap Iraq pada 20 Mac 2003. Tidak lama selepas itu, pada 9 April 2003, Baghdad, Iraq, jatuh ke tangan Amerika Syarikat.

saddam hussein

Saddam Hussein ketika itu sudah mula melarikan diri. Setelah berbulan-bulan, akhirnya pada 13 Disember 2003, tentera Amerika Syarikat menemui Saddam di sebuah bunker bawah tanah yang sangat kecil berhampiran kampung kelahiran Saddam di Tikrit. Selepas 6 bulan di bawah tawanan AS, Saddam kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq untuk perbicaraan.

Kematian Saddam Hussein

saddam hussein

Saddam Hussein didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan. Kemudian pada 5 November 2006, pihak Tribunal Khas Iraq menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Saddam. Sebenarnya, Saddam pernah membuat rayuan supaya dirinya ditembak dan bukan digantung tetapi permintaannya dinafikan.

Akhirnya pada 30 Disember 2006, yang juga merupakan Hari Raya Aidil Adha dalam kalendar Islam, Saddam Hussein dijatuhkan hukuman gantung di pangkalan tentera Iraq berhampiran Baghdad. Lebih memilukan, video penggantungan Saddam masih lagi boleh ditonton di YouTube dan seluruh Internet sehingga ke hari ini.

saddam hussein

Presiden Bush pernah menyatakan dan berjanji bahawa kejatuhan dan kematian Saddam akan membawa keamanan dan diplomasi baru buat negara Iraq. Tetapi semua itu kita boleh menilai sendiri keadaan negara Iraq sekarang yang jauh lebih teruk berbanding sewaktu Saddam masih hidup. Kalau Saddam masih ada, takkan ada huru hara di negara Iraq seperti yang dunia saksikan sekarang.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca seterusnya: Rapa Nui, Pulau Yang Dijaga Oleh 900 Arca Batu Gergasi Misteri