Emily Blunt adalah pelakon pemenang Anugerah Golden Globe yang telah beralih dari memainkan watak sokongan The Devil Wears Prada ke filem blockbusters terkemuka seperti Mary Poppins Returns pada tahun 2018.

Pelakon yang telah memulakan kerjayanya sejak tahun 2001, telah menerima pujian selama bertahun-tahun dan menguasai pelbagai genre filem terutamanya dalam thriller aksi.

Dia telah memberikan persembahan lakonan yang sangat cemerlang dalam A Quiet Place yang turut dibintangi dan diarahkan oleh suaminya sendiri, John Krasinski.

Baru-baru ini, A Quiet Place Part II yang ditayangkan sejak bulan Mei telah mengutip keuntungan sebanyak $279 juta di seluruh dunia.

Berikut adalah filem-filem lakonan terbaik dari Emily Blunt.

1. A Quiet Place (2018)

Pengarah: John Krasinski

Barisan Pelakon: Emily Blunt, John Krasinski, Millicent Simmonds dan Marcus Abbott

Sebuah keluarga berjuang untuk meneruskan hidup di dunia di mana kebanyakan manusia telah dibunuh oleh makhluk buta tetapi sensitif terhadap bunyi. Mereka terpaksa berkomunikasi dalam bahasa isyarat untuk menjauhkan diri dari makhluk-makhluk itu.

2. Looper (2012)

Pengarah: Rian Johnson

Barisan Pelakon: Joseph Gordon-Levitt, Bruce Willis & Emily Blunt

Pada tahun 2074, kumpulan pengganas akan menyingkirkan sasaran mereka dengan menghantarnya ke masa lalu dan akan dihapuskan oleh Joe, seorang pembunuh upahan. Sehingga satu hari, bos Joe mahu menghantarnya kembali ke masa depan supaya dia dibunuh.

3. Sicario (2015)

Pengarah: Denis Villeneuve

Barisan Pelakon: Emily Blunt, Josh Brolin & Benicio Del Toro

Semasa misi berbahaya untuk menghentikan pengeluaran dadah yang beroperasi antara Amerika Syarikat dan Mexico, Kate Macer, seorang ejen FBI terdedah kepada beberapa kenyataan realiti yang kejam.

4. Edge of Tomorrow (2014)

Pengarah: Doug Liman

Barisan Pelakon: Tom Cruise, Emily Blunt & Bill Paxton

Seorang askar yang memerangi makhluk asing dapat hidup semula pada hari yang sama berulang kali dan harinya dimulakan semula setiap kali dia mati.

5. Mary Poppins Returns (2018)

Pengarah: Rob Marshall

Barisan Pelakon: Emily Blunt, Lin-Manuel Miranda & Ben Whishaw

Mary Poppins, pengasuh dengan kuasa luar biasa, kembali kepada keluarga Banks dan membantu mereka menghindari dari bahaya dengan membawa mereka semua pengembaraan ajaib.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Tiada Yang Lebih Menakutkan Dari Menonton Filem Seram Berkonsepkan ‘Found Footage’