Blackpink

Blackpink adalah kumpulan muzik korea yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa. Kumpulan ini menyambut ulang tahun kelima setelah mereka debut dengan filem Blackpink: The Movie.

Trailer selama satu minit itu telah memaparkan adegan konsert serta rakaman temu bual secara individu bersama ahli kumpulan Blackpink ini.

Blackpink: The Movie mengisahkan jadual dan kerjaya yang begitu sibuk selama lima tahun, kenangan, kegembiraan di atas pentas, dan koleksi detik indah empat gadis ini ‘sebagai hadiah untuk semua peminat’.

Filem ini, yang akan menampilkan pelbagai segmen kepada peminat untuk menikmati rakaman konsert jelajah In Your Area 2018 dan The Show 2021 serta kandungan baru di sebalik tabir.

YG menyatakan beberapa segmen ini adalah The Room of Memories, Beauty, dan Exclusive Interviews yang akan merangkumi mesej untuk peminat.

Filem ini merupakan sebahagian daripada lima projek [4+1] termasuk pelancaran The Album Photobook edisi terhad.

Blackpink

Photobook yang direka sendiri oleh ahli Blackpink mempunyai sebanyak 208 halaman dan dipenuhi dengan gambar yang belum dikeluarkan.

Item ketiga pula telah diumumkan pada 14 Julai, d mana gadis-gadis ini akan menyertai platform Weverse pada 2 Ogos untuk berinteraksi dengan Blinks dan peminat dengan lebih mudah.

Blackpink: The Movie ini akan mengikuti Dokumentari Netflix, Light Up The Sky yang ditayangkan pada 20 Oktober 2019 yang mengisahkan perjalanan mereka ke Coachella Event.

Blackpink

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Ed Sheeran Dan BTS Berkolaborasi Untuk Kali Kedua