Jangan dipandang rendah pada filem-filem bajet rendah kerana ia telah membuktikan bahawa belanjawan besar tidak semestinya menjanjikan kejayaan sesebuah filem tersebut.

Mungkin kesan khas yang luar biasa dan pelakon terkenal adalah tambahan bonus kepada sebuah filem, tetapi ia tidak semestinya mendapat sambutan hangat.

Terdapat banyak filem dengan belanjawan kecil telah memecah rekod dengan pulangan berjuta-juta.

Berikut adalah 5 filem bajet rendah pecah panggung dengan keuntungan berlipat ganda.

1. Paranormal Activity (2007)

Bajet: $15,000
Box Office: $193,355,800
Keuntungan: 1,289,000%

Pengarah: Oren Peli

Barisan Pelakon: Katie Featherston, Micah Sloat & Mark Fredrichs

Selepas Katie dan Micah pindah ke pinggir bandar, pasangan ini merasakan kehadiran gangguan ghaib setiap malam. Mereka memasang kamera untuk menangkap semua kejadian dan bunyi pelik di rumah.

2. Mad Max (1979)

Bajet: $200,000
Box Office: $99,750,000
Keuntungan: 49,800%

Pengarah: George Miller

Barisan Pelakon: Mel Gibson, Joanne Samuel & Hugh Keys-Byrne

Seorang anggota polis Australia memutuskan untuk membalas dendam terhadap rakannya, isterinya dan anaknya yang dibunuh oleh geng motosikal demi kematian pemimpin mereka.

3. Halloween (1978)

Bajet: $325,000
Box Office: $47,000,000
Keuntungan: 14,400%

Pengarah: John Carpenter

Barisan Pelakon: Donald Pleasence, Jamie Lee & Curtis Tony Moran

Lima belas tahun selepas membunuh kakaknya di malam Halloween pada tahun 1963, Michael Myers melarikan diri dari hospital mental dan kembali ke bandar Haddonfield, Illinois untuk membunuh lagi.

4. The Texas Chain Saw Massacre (1974)

Bajet: $300,000
Box Office: $30,859,000
Keuntungan: 10,200%

Pengarah: Tobe Hooper

Barisan Pelakon: Marilyn Burns, Edwin Neal & Allen Danziger

Sally, Franklin dan tiga rakan kehabisan gas semasa memandu ke rumah datuk mereka. Kemudian, mereka diseksa dan dibunuh oleh seorang pembunuh dengan menggunakan gergaji.

5. Open Water (2003)

Bajet: $500,000
Box Office: $54,667,954
Keuntungan: 10,800%

Pengarah: Chris Kentis

Barisan Pelakon: Blanchard Ryan, Daniel Travis & Saul Stein

Berdasarkan kisah sebenar dua penyelam skuba terkandas di perairan jerung selepas ditinggalkan secara tidak sengaja.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Tonton Filem Terbaik Jake Gyllenhaal, Bintang Dari Spider-Man: Far From Home