IKEA merupakan syarikat perabot pilihan utama kepada pemilik rumah kerana rekaan produk yang kreatif dan inovatif. Syarikat perabot ini telah menyediakan segala aksesori rumah dan peralatan berguna yang lain.

IKEA bukan sahaja terkenal dengan pengeluaran produk dan pemasaran yang baik, tetapi juga komitmen untuk memenuhi keperluan pelanggan membeli-belah.

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang syarikat perabot kesukaan ramai iaitu IKEA.

1. IKEA diasaskan pada tahun 1943

Ingvar Kamprad yang hanya berusia 17 tahun pada masa itu, melancarkan IKEA sebagai perniagaan jualan barangan kecil seperti pen dan bingkai gambar.

Bermula pada tahun 1948, IKEA mula menjual perabot. Sebelum Kamprad meninggal dunia pada usia 95 tahun, dia telah mengumpul keuntungan sebanyak US$58.7 billion pada tahun 2018.

2. Nama IKEA sebenarnya merupakan akronim

Nama IKEA yang menghasilkan perabot DIY di seluruh dunia mempunyai makna sebenarnya. Setiap huruf terdiri daripada Ingvar Kamprad Elmtaryd Agunnaryd.

Ingvar Kamprad adalah nama pengasas syarikat, manakala Elmtaryd adalah nama ladang yang terletak di kampung Sweden dari Agunnaryd. Ia merupakan tempat dia dibesarkan sejak kecil.

3. Kebanyakan perabot mempunyai nama dan perkataan Sweden

Produk IKEA

Oleh kerana Kamprad menghidapi disleksia, dia menamakan setiap produk dengan nama dan perkataan tertentu agar barangan lebih mudah dikenal pasti.

Sebagai contoh, banyak barangan ruang tamu dinamakan sempena tempat di Sweden dan Denmark, sementara perabot bilik mandi merujuk kepada nama tasik dan sungai.

4. Bangunan IKEA dibina pada akhir tahun 1950

Produk IKEA

IKEA mula mengeluarkan katalog pada tahun 1951, tetapi syarikat itu tidak mempunyai kedai fizikal sehingga tahun 1958. IKEA yang pertama dibuka di kampung kecil Älmhult, Sweden.

5. Terdapat sebuah Muzium IKEA yang boleh dilawati

Produk IKEA

Muzium IKEA dibuka pada 2016 dan terletak di Älmhult iaitu lokasi pertama kedai perabot ini. Pusat pameran IKEA memberi tumpuan utama kepada sejarah kedai dan bagaimana ia berkembang sejak bertahun-tahun.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Fakta Tentang Statue of Unity, Patung Tertinggi Di Dunia