Loraine Allison titanic
Loraine Allison

Loraine Allison, seorang gadis berusia dua tahun bersama ibu bapa dan adik lelakinya telah menaiki kapal layar Royal Mail Ship (RMS) Titanic.

Pada malam di mana Titanic melanggar aisberg, kekecohan dari penumpang dan anak kapal di geladak telah mengejutkan keluarga Allison.

Loraine Allison titanic
Hudson Allison dan Bessie Allison.

Kemudian, ayahnya, Hudson Allison keluar dari bilik untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Selepas Hudson pergi, seorang ahli kapal memberitahu semua penumpang kelas pertama bahawa mereka perlu memakai jaket keselamatan dan bergerak ke geladak dengan segera.

Pengasuh keluarga Allison, Alice Cleaver terus menyelamatkan dirinya dan mengambil Trevor, adik lelaki Loraine bersamanya.

Alice Cleaver mendukung Trevor.

Manakala Bessie, ibu kepada Loraine hanya mampu panik dan ditinggalkan bersendirian bersama anak perempuannya itu di dalam bilik mereka.

Apabila Hudson kembali ke bilik mewah, dia sedari bahawa anak lelakinya sudah hilang bersama pengasuh mereka dan isterinya sudah hilang arah.

Dia menegaskan Bessie supaya bersiap dan mengambil Loraine untuk mencari Trevor. Tanpa pengetahuan Hudson, Cleaver sudah keluar dari kapal layar tersebut dan manaiki bot penyelamat bernombor 11.

Loraine Allison titanic

Bessie yang enggan menaiki bot penyelamat tanpa Trevor turut membawa Loraine kembali ke bilik untuk mencari anak lelakinya tanpa mengetahui dia sudah selamat.

Gagal mencari Trevor dan tenggelam dalam kapal layar, Loraine Allison adalah satu-satunya budak dari kelas pertama dalam kapal Titanic yang tidak berjaya diselamatkan pada malam itu.

Selepas kejadian tragik yang menimpa penumpang Titanic, Trevor dihantar pulang ke Kanada untuk dibesarkan oleh ayah dan ibu saudaranya, George dan Lillian Allison.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Lebih 7 Dekad Untuk Dicari, Banyak Lagi Fakta Tentang Kapal Layar Titanic