Steven Spielberg

Sebagai seorang pembuat filem, Steven Spielberg sebelum ini pernah menulis buku autobiografi dan ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Namun, agak jarang bagi pengarah untuk berkongsi cerita kehidupan mereka sendiri dalam sebuah filem. Itulah yang Steven Spielberg merancang untuk melakukan projek seterusnya.

Chloe East, Oakes Fegley dan Isabelle Kusman telah menyertai barisan pelakon dalam filem Spielberg yang mengisahkan tentang zaman kanak-kanaknya.

Steven Spielberg
Isabelle Kusman, Chloe East dan Oakes Fegley.

Filem ini tidak mempunyai tajuk lagi, tetapi pengumuman dari Amblin Partners mendedahkan bahawa tiga pelakon muda akan memainkan watak sebagai rakan kelas di sekolah menengah.

East sedang membintangi siri Generation di HBO Max dan baru-baru ini selesai membuat penggambaraan Going Places dari produksi Stampede Ventures.

Fegley membintangi filem The GoldfinchWonderstruck dan The War With Grandpa. Kusman pula akan debut dalam filem Paul Thomas Anderson yang akan datang, ditayangkan pada Hari Krismas tahun ini.

Pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuk Michelle Williams, Seth Rogen, Paul Dano, Julia Butters dan Sam Rechner yang belum mempunyai watak tertentu.

Skrip telah ditulis bersama Spielberg dan Tony Kushner, manakala filem itu diterbitkan oleh Spielberg, Kushner dan Kristie Macosko Krieger.

Kushner baru-baru ini telah bekerja dengan Spielberg dalam filem yang dibuat semula berjudul West Side Story.

Steven Spielberg

Butiran plot untuk projek ini masih dirahsiakan, tetapi satu aspek akan memberi tumpuan kepada watak kanak-kanak yang tinggal di Phoenix, Arizona.

Kehidupan rumah Spielberg memberi kesan kepada segala-galanya dari filem E.T. The Extra-Terrestrial hingga Bridge of Spies.

Tambahan minat ibunya kepada muzik, khususnya rakaman Broadway memberi dia inspirasi untuk membuat filem West Side Story.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Filem Makanan Yang Menyelerakan Ini Akan Buat Anda Rasa Lapar