Kini, banyak filem berkaitan penculikan yang diadaptasi berdasarkan kisah benar dan diilhamkan oleh jenayah yang mendapat banyak perhatian dari media negara.

Sesetengah filem yang diambil dari kes jenayah ini agak keterlaluan sehingga anda tidak akan percaya bahawa ia pernah berlaku kepada seseorang.

Berikut adalah filem penculikan berdasarkan kisah benar yang menggerunkan.

1. Girl in the Box (2016)

Pengarah: Stephen Kemp

Barisan Pelakon: Addison Timlin, Zane Holtz & Zelda Williams

Pada bulan Mei 1977, Colleen, seorang penumpang berusia 22 tahun, diculik oleh pasangan muda dan menjadi hamba dan pengasuh selama tujuh tahun.

2. 3,096 Days (2013)

Pengarah: Sherry Hormann

Barisan Pelakon: Antonia Campbell-Hughes, Thure Lindhardt & Amelia Pidgeon

Natascha Kampusch, seorang gadis Austria berusia 10 tahun, diculik oleh Wolfgang Priklopil, juruteknik telekomunikasi. Dia ditawan dalam sebuah bilik kecil selama lapan tahun sehingga dia berjaya melarikan diri.

3. Abducted: The Carlina White Story (2012)

Pengarah: Vondie Curtis-Hall

Barisan Pelakon: Aunjanue Ellis, Keke Palmer & Sherri Shepherd

Ann Pettway menculik seorang bayi dari Hospital New York dan membesarkan bayi itu seperti anak perempuannya sendiri.

4. Taken From Me: The Tiffany Rubin Story (2011)

Pengarah: Gary Harvey

Barisan Pelakon: Taraji P. Henson, Terry O’Quinn & David Haydn-Jones

Seorang guru sekolah, Tiffany Rubin terbang ke Korea Selatan untuk bersatu semula dengan anak lelakinya yang berusia 7 tahun selepas diculik oleh bekas suaminya.

5. Believe Me: The Abduction of Lisa McVey (2018)

Pengarah: Jim Donovan

Barisan Pelakon: Katie Douglas, David James Elliott & Rossif Sutherland

Seorang gadis berusia 17 tahun menggunakan psikologi untuk membebaskan dirinya dari penculik. Apabila dia pulang ke rumah, hanya seorang detektif veteran yang percaya bahawa dia telah diculik oleh pembunuh bersiri terkenal.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Senarai Filem Ini Mungkin Buat Anda Yang Ada Fobia Kurang Selesa