Matt Shakman

Matt Shakman telah disahkan untuk mengarahkan filem Star Trek yang akan datang dari Paramount Pictures.

Sebelum ini, Shakman telah mengarahkan siri WandaVision dengan sembilan episod untuk Marvel/Disney+ dan mendapat 23 pencalonan Anugerah Emmy.

Matt Shakman

Deadline melaporkan pada hari Selasa bahawa penggambaran filem yang masih belum mempunyai tajuk ini akan bermula pada musim bunga 2020.

Filem Star Trek terbaru akan diterbitkan oleh JJ Abrams dari Bad Robot Productions dan skrip telah disediakan oleh Geneva Robertson (Captain Marvel) dan Lindsey Beer.

Pada tahun 2014, Shakman pernah mengarahkan filem thriller bertajuk Cut Bank yang dibintangi oleh Liam Hemsworth.

Matt Shakman

Matt Shakman juga telah mengarahkan rancangan televisyen dan terlibat dalam beberapa tajuk berprofil tertinggi di industri, termasuk Succession, Game of Thrones, The Boys, Billions dan Fargo.

Paramount mengeluarkan filem terakhir Trek pada tahun 2016 berjudul Star Trek Beyond yang diarahkan oleh Justin Lin.

Walaupun siri filem Star Trek tidak aktif selama beberapa tahun, terdapat banyak rancangan televisyen dalam francais Trek baru-baru ini.

Star Trek: Discovery yang ditayangkan pada tahun 2017 akan kembali dengan musim keempat dan bakal disiarkan pada akhir tahun ini.

Matt Shakman

Selain itu, siri animasi Star Trek: Lower Decks musim kedua juga akan disiarkan pada bulan Ogos bersama siri aksi langsung Star Trek: Strange New Worlds akan tiba pada tahun 2022.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Urutan Sebenar Rangkaian Filem Star Wars