James mcavoy

James McAvoy merupakan seorang pelakon yang pandai menghiburkan penonton dengan lakonannya dalam sebuah filem.

Bukan sahaja McAvoy serba boleh dalam genre filem yang dia pilih, tetapi dia berjaya menyampaikan watak dengan cemerlang.

McAvoy memperolehi dua pencalonan di Anugerah Filem Akademi British untuk persembahannya dalam Last King of Scotland dan Atonement, dan juga Anugerah Golden Globe.

Berikut adalah 5 filem lakonan terbaik dari James McAvoy untuk ditonton.

1. X-Men: First Class (2011)

Pengarah: Matthew Vaughn

Barisan Pelakon: James McAvoy, Michael Fassbender & Jennifer Lawrence

Pada tahun 1960-an, manusia dengan kuasa luar biasa Charles Xavier dan Erik Lensherr bekerjasama untuk mencari ahli seperti mereka, tetapi dendam Erik untuk mengejar mutan yang merosakkan hidupnya telah menyebabkan perpecahan antara mereka.

2. Starter For 10 (2006)

Pengarah: Tom Vaughan

Barisan Pelakon: James McAvoy, Alice Eve & Rebecca Hall

Seorang pelajar pintar bernama Brian Jackson menyertai kuiz ketika tahun pertamanya di Universiti Bristol.

3. Atonement (2007)

Pengarah: Joe Wright

Barisan Pelakon: Keira Knightley, James McAvoy & Brenda Blethyn

Briony Tallis seorang penulis drama menuduh kekasih kakaknya, Robbie melakukan jenayah yang tidak dilakukannya.

4. The Last King of Scotland (2006)

Pengarah: Kevin Macdonald

Barisan Pelakon: James McAvoy, Forest Whitaker & Gillian Anderson

Semasa di Uganda untuk misi perubatan, Nicholas Garrigan menjadi doktor peribadi dan membina ikatan yang rapat dengan diktator Idi Amin.

5. Arthur Christmas (2011)

Pengarah: Sarah Smith & Barry Cook

Barisan Pelakon: James McAvoy, Jim Broadbent & Bill Nighy

Seorang anak Santa iaitu Arthur menetapkan misi dengan Grandsanta untuk memberikan hadiah yang mereka tercicir kepada seorang gadis sebelum terlambat.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Hati-Hati Dengan Pembunuh Upahan Seperti Dalam Senarai Filem Ini