Keith Sapsford

Pada 22 Februari 1970, seorang remaja Australia bernama Keith Sapsford menyelinap masuk ke Lapangan Terbang Sydney dan bersembunyi dalam pesawat Tokyo. Ia adalah keputusan terakhir yang dia pernah buat.

Apa yang lebih mengejutkan ialah ramai yang hadir di lapangan pada hari itu menyaksikan remaja itu jatuh hingga meninggal dunia.

Latar Belakang Keith Sapsford

Dilahirkan pada tahun 1956, Sapsford dibesarkan di Randwick, sebuah pinggir bandar Sydney di New South Wales.

Ketika Keith mencapai usia remaja, dia mula memberontak kerana sentiasa mahukan pengembaraan. Sapsford sangat gemar melihat tempat-tempat baru di seluruh dunia.

Oleh itu, ibu bapa Sapsford cuba membawanya pergi melancong sebanyak tempat yang mereka mampu, tetapi ia tidak pernah memadai.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menghantar Saspford ke Dunlea Centre atau lebih dikenali sebagai Boys Town, sebuah institusi Katolik Roman di Sydney untuk membentuknya sebagai remaja yang berdisiplin.

Peristiwa Tragedi Jatuh Dari Langit

Hanya beberapa minggu sebelum kemasukan ke institusi tersebut, dia melarikan diri ke lapangan terbang Sydney.

Sapsford tidak kisah tentang destinasinya kerana dia suka mengembara dan hanya berserah kepada takdir.

Keith Sapsford

Tanpa wang, akses atau tiket yang betul untuk melancong, dia tahu bahawa satu-satunya cara untuk naik ke pesawat adalah dengan menyelinap masuk ke laluan lapangan terbang.

Selepas laluan lapangan terbang dibuka, dia terus menuju ke roda sebuah pesawat yang menuju ke Tokyo.

Keith Sapsford

Sapsford cuba bersembunyi dalam kompartment roda pesawat di mana gear itu boleh ditarik balik selepas berlepas.

Tanpa dia sedari, kompartment roda itu perlu dibuka semula apabila gear pendaratan perlu ditarik balik selepas berlepas.

Ketika itulah dia jatuh dari langit setinggi 200 kaki dan menyebabkannya mendarat dengan kuat di bawah tanah, lalu meninggal dunia pada usia 14 tahun.

Ejen yang menyiasat kes ini menyimpulkan bahawa jika Sapsford tidak jatuh dari kompartmen roda pesawat, dia kemungkinan besar akan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam kompartmen itu.

Terdapat juga risiko yang tinggi terhadap mati kesejukan semasa penerbangan atau dihancurkan oleh roda kerana mereka akan ditarik balik sepenuhnya.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Mimaland, Taman Tema Malaysia Yang Bertukar Menjadi Mimpi Ngeri