Filem yang hebat dapat memberi motivasi, inspirasi dan perspektif baru kepada minda kita selain daripada nilai hiburan semata.

Di tengah pandemik dan kemelesetan ekonomi, beberapa filem motivasi ini mungkin dapat membantu menaikkan semangat keusahawanan dan mengingatkan anda bahawa setiap cabaran dan rintangan pasti boleh diatasi.

Berikut adalah filem-filem motivasi untuk usahawan agar tidak mudah berputus asa.

1. The Pursuit of Happyness (2006)

Pengarah: Gabriele Muccino

Barisan Pelakon: Will Smith, Thandiwe Newton & Jaden Smith

Seorang jurujual yang bergelut dengan masalah kewangan mengambil hak penjagaan anaknya kerana dia bersedia untuk memulakan kerjaya profesional yang baru.

2. Pirates of Silicon Valley (1999)

Pengarah: Martyn Burke

Barisan Pelakon: Anthony Michael, Hall Noah & Wyle Joey Slotnick

Pencapaian Steve Jobs dan Bill Gates dalam mencipta jenama Apple dan Microsoft pada abad ke-20.

3. Moneyball (2011)

Pengarah: Bennett Miller

Barisan Pelakon: Brad Pitt, Robin Wright & Jonah Hill

Pengurus Oakland A, Billy Beane berjaya membina pasukan besbol dengan belanjawan yang minimum dan menggunakan analisis komputer untuk memperoleh pemain baru.

4. Rocket Singh: Salesman of the Year (2009)

Pengarah: Shimit Amin

Barisan Pelakon: Ranbir Kapoor, Prem Chopra & Mukesh S. Bhatt

Harpreet Singh Bedi, seorang graduan perdagangan, menjadi jurujual. Selepas bekerja dalam persekitaran yang toksik oleh rakan-rakan dan majikannya, dia merancang untuk mengendalikan sebuah syarikat tanpa pengetahuan mereka.

5. The Billionaire (2011)

Pengarah: Songyos Sugmakan

Barisan Pelakon: Pachara Chirathivat, Walanlak Kumsuwan & Somboonsuk Niyomsir

Top, pemain permainan video mengatasi banyak ujian dan kesukaran untuk menjadi usahawan pada usia muda.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Samuel L Jackson: Setiap Filem Dan Siri TV Yang Akan Datang