Ariana Grande

Ariana Grande telah membuktikan dirinya sebagai salah satu bintang terbesar dalam industri muzik. Dia mempunyai banyak lagu dan album yang pernah menduduki carta teratas.

Walaupun anda sering mendengar muziknya, mungkin ada banyak perkara tentang Grande yang anda tidak pernah tahu.

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang penyanyi pop terkenal Ariana Grande.

1. Ariana Grande mula kerjayanya di teater muzikal

Ariana Grande

Seperti ramai penghibur, Grande bermula kerjayanya sejak kecil dengan melibatkan diri dalam teater tempatan.

Dia membuat persembahan bersama Little Palm Theatre, sebuah kumpulan kanak-kanak di Boca Raton, Florida. Dia juga menyanyi dengan kumpulan bernama Kid Who Care di acara amal.

2. Dia menjadi terkenal di Nickelodeon

Ariana Grande

Ketika seorang remaja, Grande muncul dalam rancangan Nickelodeon berjudul Victorious dan Sam & Cat sebagai Cat Valentine.

Victorious mempunyai salah satu episod debut tertinggi untuk rancangan aksi langsung dalam sejarah Nickelodeon. Rancangan ini disiarkan sejak tahun 2010 hingga tahun 2014.

3. Dia berkongsi pengurus dengan beberapa artis terkenal

Ariana Grande

Pengurus Grande, Scooter Braun juga membantu Justin Bieber mencapai kemasyhuran di seluruh dunia. Antara artis terkenal yang lain Braun pernah menguruskan termasuk Carly Rae Jepsen, Tori Kelly, dan Dan + Shay.

4. Dia mulakan gaya tocang kerana rambutnya rosak

Ariana Grande

Grande menjelaskan situasinya di akaun Facebook kerana peminat terganggu dengan pilihan gaya rambutnya yang sama.

Dia memberitahu bahawa rambutnya sudah rosak sejak memainkan watak sebagai Cat Valentine yang perlu berambut merah selama 4 tahun dalam Victorious. Kemudian dia mula memakai rambut palsu dalam Sam & Cat.

5. Dia pernah merakam lagu di YouTube

Sebelum Grande menjadi penyanyi terkenal, dia mengikuti langkah yang sama seperti penyanyi hari ini dengan memuat naik video nyanyian di YouTube.

Antara lagu yang dia pernah nyanyikan ialah Love the Way You Lie dari Rihanna dan Grenade dari Bruno Mars.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Pernah Koma Selama Seminggu, Ada Lagi Fakta Menarik Lain Tentang Eminem