Dawn Brancheau

Dawn Brancheau adalah seorang jurulatih yang bekerja dengan pelbagai jenis paus di SeaWorld Orlando.

Pada tahun 2010, dia telah dibunuh dengan tragis oleh Tilikum, paus pembunuh terbesar di taman tema dan pusat pemulihan haiwan itu.

Brancheau sentiasa mempunyai minat terhadap haiwan dan mahu menjadi jurulatih haiwan selepas melawat SeaWorld ketika dia masih kecil.

Selepas menamatkan pengajian psikologi dan tingkah laku haiwan di universiti, dia bekerja dengan ikan lumba-lumba selama dua tahun di New Jersey sebelum berpindah ke SeaWorld.

Dawn Brancheau

Kemudian, dia menjadi jurulatih paus pembunuh dan memastikan badannya sentiasa cergas dan sihat agar dia dapat berenang bersama haiwan-haiwan besar.

Brancheau adalah salah seorang bintang di kalangan jurulatih SeaWorld yang mengendalikan acara pertunjukan bersama pembunuh paus dan wajahnya dipamer pada papan iklan taman tema itu.

Dia mempunyai hubungan istimewa dengan ikan paus pembunuh yang besar bernama Tilikum.

Namun, Brancheau teleh diseret ke dalam air oleh Tilikum apabila paus itu menyerang rambutnya berulang kali ketika dia melakukan pertunjukan di hadapan penonton.

Brancheau bukan sahaja lemas tetapi dia juga mengalami kecederaan yang teruk dan tragik.

Anggota badannya seperti lengan terkoyak, saraf tunjang terputus dan rusuk dan rahang patah. Selain itu, rambut dan kulitnya ditemui di dasar kolam.

“Kami tidak tahu kenapa Tilikum bertindak untuk menarik Brancheau ke dalam kolam renang,” kata John Hargrove, seorang jurulatih di SeaWorld.

Dawn Brancheau

“Mereka mempunyai hubungan yang istimewa antara satu sama lain, saya percaya bahawa Tilikum menyayanginya, dan sama juga seperti Dawn Brancheau menyayanginya,” tambah Hargrove.

Pada 6 Januari 2017, SeaWorld mengumumkan kematian Tilikum akibat mengalami masalah kesihatan yang serius.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Ai-Da, Robot Yang Mempunyai Bakat Seni