Thuy trang

Thuy Trang memainkan versi asal Ranger Kuning iaitu Trini Kwan ketika musim pertama dan kedua dalam siri Mighty Morphin Power Rangers.

Dia menggantikan Audri Dubois, yang memainkan Ranger Kuning dalam episod pertama Day of the Dumpster.

Selepas pertikaian dalam kontrak, Thuy Trang meninggalkan rancangan ini bersama barisan pelakon Austin St. John yang memegang watak Jason sebagai Ranger Merah dan Walter Jones dengan watak Zack sebagai Ranger Hitam di pertengahan musim kedua.

Pada tahun 2001, Trang telah terlibat dalam satu kemalangan ketika melancong dengan rakannya, Angela Rockwood dalam perjalanan antara San Francisco dan Los Angeles.

Dia sepatutnya menghadiri majlis perkahwinan Rockwood sebagai salah seorang pengiring pengantin perempuan.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu mereka, seorang lagi pengiring pengantin lain, menukar arah secara tiba-tiba dan langgar di pinggir jalan.

Pelakon dari Vietnam ini memulakan kerjayanya dalam industri pemodelan dan berlakon atas pentas langsung sementara belajar di University of California di Irvine.

Kerjayanya semakin berkembang ketika dia membintangi sebagai Ranger Kuning dalam rancangan kegemaran kanak-kanak di televisyen.

Thuy trang

“Kami benar-benar sahabat baik. Saya sangat berbangga dengan lakonannya dalam filem seperti The Crow! Kehilangannya sangat perit buat saya. Dia terlalu muda dan mempunyai banyak lagi untuk dikongsi kepada dunia,” kata Walter Jones bintang Ranger Hitam di Entertainment Weekly.

“Dia memberikan yang terbaik dalam setiap adegan, kadang-kadang sehingga tercedera semasa penggambaran. Dia sentiasa positif dan memberi segala kemampuannya. Saya akan ingat perkara ini tentangnya,” tambah Jason Frank bintang Ranger Hijau.

Thuy trang
Thuy Trang dan Amy Johnson

Bintang Ranger Merah Jambu, Amy Johnson turut meluahkan perasaannya yang sukar untuk mempercayai permergian Trang, rakannya yang sepatutnya mempunyai masa depan cerah.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Sudah Lebih Dari 100 Tahun Sejak Biskut Oreo Mula Dihasilkan