El Chapo

Antara pengedar dadah yang paling berpengaruh di dunia, Joaquín Guzmán Loera atau lebih dikenali sebagai El Chapo telah didapati bersalah lebih daripada 10 tuduhan aktiviti jenayah.

Aktiviti jenayah itu termasuk pengedaran dadah, pengubahan wang haram, dan penggunaan senjata dalam mengejar keganasan.

El Chapo

Oleh itu, pada tahun 1993, El Chapo telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun selepas perbicaraan selama tiga bulan yang mendedahkan empayar jenayahnya.

Pada bulan Januari 2001, dia melarikan diri dari penjara dengan tahap keselamatan tertinggi, Puente Grande. Dia menyamar dengan memakai pakaian seragam polis, tulis wartawan Anabel Hernández dalam bukunya.

El Chapo

Walaupun ditangkap semula pada tahun 2014, dia seolah-olah mempunyai rancangan lain dan satu langkah di hadapan dari pihak berkuasa.

Pada bulan Julai 2015, El Chapo melarikan diri buat kali kedua dari penjara Altiplano Mexico dengan cara dan taktik yang lebih mengagumkan.

Kali ini, rakannya bernama José Sánchez Villalobos mereka bentuk terowong sedalam 35 kaki dan sepanjang satu batu yang membawa El Chapo terus ke tapak pembinaan.

Terowong itu dibina dari kawasan mandi selnya dan merupakan laluan bawah tanah secara haram yang paling panjang ke Amerika Syarikat.

Lengkap dengan sistem pengudaraan, kabel kuasa voltan tinggi dan saliran, ia membolehkan penjenayah pengedar dadah ini berjaya melarikan diri dari penjara.

Dia menggunakan motosikal untuk bergerak melalui terowong jarak jauh dan membebaskan diri ke rumah yang berdekatan.

El Chapo

Ia bermula di kawasan perindustrian di bandar sempadan Tijuana di Mexico, yang berakhir di kejiranan San Diego, California, di mana pintu masuknya disembunyi oleh beberapa ratus beg pasir.

Kemudian, dia ditangkap semula pada tahun 2016 dan diserah ke Amerika Syarikat setahun selepas itu.

El Chapo

Pada bulan Februari 2019, El Chapo didapati bersalah atas beberapa tuduhan jenayah yang berkaitan dengan kepimpinannya terhadap kartel Sinaloa.

Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di ADX Florence, Colorado, Amerika Syarikat.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Brian Wells, Penghantar Piza Yang Merompak Bank Dengan Bom Di Lehernya