Semua filem perubatan ini menceritakan kisah yang luar biasa mengenai orang dan penyakit mereka sepanjang kehidupan mereka.

Sama ada penyakit, doktor, kajian, atau kemajuan perubatan, cerita-cerita ini adalah berdasarkan kisah benar yang pastinya menyentuh hati.

Teruskan membaca untuk mengetahui senarai filem perubatan tersebut:

1. A Beautiful Mind (2001)

Pengarah: Ron Howard

Barisan Pelakon: Russell Crowe, Ed Harris & Jennifer Connelly

John Nash, seorang yang pintar dalam matematik mendapati kehidupannya berubah menjadi lebih buruk selepas dia menerima tugasan dari William Parcher.

2. One Flew Over the Cuckoo’s Nest (1975)

Pengarah: Milos Forman

Barisan Pelakon: Jack Nicholson, Louise Fletcher & Michael Berryman

Untuk melarikan diri dari penjara, McMurphy, seorang tahanan berlakon menjadi tidak waras dan beralih ke wad khas. Dalam wad itu, dia memberontak terhadap seorang jururawat yang kejam.

3. Philadelphia (1993)

Pengarah: Jonathan Demme

Barisan Pelakon: Tom Hanks, Denzel Washington & Roberta Maxwell

Seorang peguam muda Philadelphia yang dijangkiti AIDS telah dipecat oleh majikannya. Selepas itu dia mengupah seorang peguam bela untuk saman terhadap pemecatan yang salah itu.

4. Girl, Interrupted (1999)

Pengarah: James Mangold

Barisan Pelakon: Winona Ryder, Angelina Jolie & Clea Duvall

Susanna, dikejarkan ke Claymoore, sebuah institusi mental selepas percubaan membunuh diri. Di sana, dia berkawan dengan sekumpulan wanita yang bermasalah dan mempengaruhi hidupnya.

5. Awakenings (1990)

Pengarah: Penny Marshal

Barisan Pelakon: Robert De Niro, Robin Williams & Julie Kavner

Apabila Dr Malcolm Sayer menemui penawar untuk wabak, ramai pesakit mendapat peluang kedua untuk hidup. Walau bagaimanapun, penawar itu akhirnya menimbulkan lebih banyak masalah.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Rupanya Lagu Dalam Animasi Tarzan Dinyanyikan Oleh Ayah Pelakon Lily Collins