Penjenayah Luka Magnotta, dan peristiwa-peristiwa yang mengejutkan telah dipaparkan dalam dokumentari jenayah Netflix berjudul Don’t F **k With Cats: Hunting an Internet Killer pada tahun 2012.

Siri dokumentari ini menceritakan kisah salah satu jenayah yang paling terkenal di Kanada, seorang pelajar Cina bernama Jun Lin dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya.

Kemudian, Magnotta yang merupakan seorang pelakon filem dewasa memuat naik video pembunuhan Lin yang berjudul 1 Lunatic, 1 Ice Pick.

Luka Magnotta

Dia diikat pada katil Magnotta sebelum ditikam dengan alatan ais termasuk gejala kanibalisme ke talian untuk bermegah tentang jenayahnya itu.

Lebih teruk, Magnotta juga menghantar bahagian keratan badan Lin ke dua buah sekolah di Vancouver, serta kepada ibu pejabat Parti Konservatif dan Liberal di Ottawa.

Luka Magnotta
Jun Lin

Kemudian, polis di Kanada telah mengesahkan bahawa kedua-dua bahagian badan yang dihantar ke sekolah-sekolah Vancouver merupakan milik Lin.

Bungkusan yang mengandungi bahagian tangan dan kaki Lin dijumpai di ibu pejabat Parti Konservatif Kanada, Ottawa pada 29 Mei.

Luka Magnotta
Luka Magnotta

Pada 4 Jun, Magnotta ditangkap di Berlin atas tuduhan pembunuhan. Dia didakwa merakam dirinya menikam Lin hingga mati dengan alatan ais, memotong mayat itu dan menghantarnya ke pejabat kerajaan. Dia juga didakwa bersetubuh dengan beberapa bahagian badan Lin.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Issei Sagawa, Manusia Kanibal Yang Makan Daging Manusia