Brian Wells

Selami kisah aneh namun benar tentang Brian Wells, lelaki yang meletup selepas merompak sebuah bank dengan bom yang diikat di lehernya.

Marjorie Diehl-Armstrong, yang mungkin terlibat dalam rancangan ini telah muncul dalam siri Evil Genius pada tahun 2018.

Brian Wells

Pada 28 Ogos 2003, Brian Wells, seorang penghantar piza berusia 46 tahun memasuki sebuah bank di Erie, Pennsylvania, bersenjata senapang yang diubahsuai untuk kelihatan seperti tongkat dan mempunyai bom di lehernya.

Dia menyerahkan nota kepada juruwang dan menuntut wang sebanyak $250,000, tetapi juruwang memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai akses kepada jumlah itu. Wells akhirnya berjalan keluar dengan nilai kurang daripada $9,000.

Tidak lama selepas itu, bank menghubungi polis dan segera menangkap Wells yang berdiri di luar keretanya berdekatan tempat letak kereta.

Brian Wells

Wells memberitahu polis bahawa orang yang meletakkan bom di lehernya akan memberi kunci peranti selepas dia menyelesaikan tugas rompakan ini.

Tiga minit sebelum skuad bom tiba untuk menghentikan letupan itu, kolar tersebut meletup sehingga merobek dada Wells dan dia meninggal di sana.

Brian Wells

Penyiasat berkata bukti menunjukkan rompakan bank ini tidak dilakukan oleh Wells sahaja. Sebaliknya, dirancang terlebih dahulu oleh sekumpulan konspirator, termasuk Kenneth Barnes, William Rothstein dan Marjorie Diehl-Armstrong.

Konspirator mencipta satu siri nota yang memberikan arahan mengenai cara melengkapkan rompakan bank dan mempunyai bom kolar yang diikat di lehernya.

Brian Wells

Marjorie Diehl-Armstrong disabitkan dalam kes itu pada tahun 2010 dan menjalani hukuman penjara 30 tahun seumur hidup. Pada bulan April 2017, dia meninggal dunia di penjara akibat kanser.

Barnes merupakan seorang pengedar dadah, mengaku bersalah pada tahun 2008 atas tuduhan persekutuan konspirasi untuk melakukan rompakan bank dan menggunakan peranti berbahaya.

Brian Wells

Dia dijatuhkan hukuman 45 tahun, tetapi seorang hakim mengurangkan hukumannya kepada 22 dan setengah tahun pada tahun 2011.

Kemudian Barnes meninggal dunia di Pusat Perubatan Persekutuan di Butner, North Carolina, pada bulan Jun 2019.

Kes itu telah mendapat perhatian negara selama bertahun-tahun. Jenayah itu dijadikan sebagai dokumentari Netflix berjudul Evil Genius pada Mei 2018.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Ini Kisah Bagaimana Teresita Basa Menyelesaikan Kes Kematiannya Sendiri