Penonton yang terpesona dengan apa yang bakal berlaku pada masa depan telah menjadikan filem fiksyen sains sebagai salah satu genre yang gemar untuk ditonton.

Oleh itu, pembuat filem telah meneroka cerita tentang bagaimana sains, teknologi dan politik mungkin memberi pengaruh dan kesan yang dahsyat pada masa yang akan datang.

Berikut adalah 5 filem fiksyen sains dengan masa depan yang dahsyat untuk ditonton.

1. Ex Machina (2014)

Pengarah: Alex Garland

Barisan Pelakon: Alicia Vikander, Domhnall Gleeson & Oscar Isaac

Caleb Smith, seorang pengatur cara komputer mendapat peluang untuk menjadi sebahagian daripada eksperimen saintifik yang pelik di mana dia dijangka untuk akses kecerdasan buatan dengan berinteraksi bersama robot wanita.

2. Arrival (2016)

Pengarah: Denis Villeneuve

Barisan Pelakon: Amy Adams, Jeremy Renner & Forest Whitaker

Louise Bank, pakar linguistik, bersama dengan pasukannya, mesti menafsirkan bahasa alien yang telah datang ke bumi dalam sebuah kapal angkasa yang misteri.

3. Snowpiercer (2013)

Pengarah: Bong Joon Ho

Barisan Pelakon: Chris Evans, Jamie Bell & Tilda Swinton

Selama 18 tahun, manusia yang terselamat dari eksperimen perubahan iklim yang gagal menaiki kereta api bergerak di seluruh dunia dengan mengikut sistem ekonomi.

4. Annihilation (2018)

Pengarah: Alex Garland

Barisan Pelakon: Natalie Portman, Jennifer Jason Leigh & Tessa Thompson

Seorang ahli biologi sertai ekspedisi rahsia yang berbahaya ke dalam zon misteri di mana tiada undang-undang alam.

5. Children of Men (2006)

Pengarah: Alfonso CuarĂ³n

Barisan Pelakon: Julianne Moore, Clive Owen & Chiwetel Ejiofor

Pada tahun 2027, seorang bekas aktivis bersetuju untuk membantu membawa seorang wanita hamil ke tempat perlindungan di laut daripada dunia yang sedang huru-hara.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: 5 Filem Kembara Masa Yang Mampu Mencabar Minda Anda