Gula-gula M&M

Gula-gula M&M pertama kali dikeluarkan pada tahun 1941, dan sejak itu telah memberi impak besar terhadap budaya popular Amerika.

Bermula sebagai makanan ringan untuk tentera Perang Dunia II sehingga dibawa dalam kedua-dua misi angkasa NASA yang pertama dan terakhir. Berikut adalah beberapa acara penting dalam sejarah gula-gula M&M.

1. M&M telah diilhamkan oleh makanan yang diberikan kepada tentera semasa Perang Saudara Sepanyol

Gula-gula M&M

Pada tahun 1932, Forrest Mars Sr. dari Syarikat Mars berpindah ke England, di mana dia memulakan pembuatan kepingan coklat Mars untuk tentera.

Semasa Perang Saudara Sepanyol, Mars melihat sukarelawan British memakan coklat kecil yang disaluti dengan gula keras agar menghalangnya dari cair.

Pada zaman yang kekurangan penghawa dingin, jualan coklat biasanya menurun semasa musim panas. Oleh itu, Mars teruja dengan prospek untuk membangunkan produk yang dapat menahan cair dalam keadaan suhu tinggi.

2. M&M dahulunya dihasilkan oleh Syarikat Hershey, kini menjadi pesaing terbesar di Syarikat Mars

Gula-gula M&M

Setelah Mars kembali ke Amerika Syarikat, dia mengajak Bruce Murrie, anak lelaki dari Eksekutif Syarikat Hershey, William Murrie, untuk menyertainya dalam usaha perniagaan baru.

Menjangka kekurangan coklat dan gula ketika Perang Dunia II yang berlarutan di Eropah, Mars mencari rakan kongsi untuk memastikan bekalan sumber yang mencukupi bagi menghasilkan gula-gula barunya.

Sebagai balasan, Murrie menerima 20 peratus faedah terhadap produk M&M, yang dinamakan sempena pihak ‘Mars’ dan ‘Murrie.’

3. Semasa Perang Dunia II, M&M dijual secara eksklusif kepada tentera Amerika Syarikat

Gula-gula M&M

Pada bulan Mac 1941, Mars telah diberikan paten untuk proses pembuatan dan pengeluaran gula-gula bermula di Newark, New Jersey.

Asalnya dijual dalam tiub kadbod, M&M disalut dengan coklat berwarna perang, merah, oren, kuning, hijau atau ungu. Selepas Amerika Syarikat memasuki peperangan, gula-gula itu secara eksklusif dijual kepada tentera kerana ia tahan haba dan mudah dibawa.

4. M&M tidak mempunyai cap “m” sehingga tahun 1950

Gula-gula M&M

Tidak lama selepas perang berakhir dan gula-gula itu telah dijual kepada orang awam, Forrest Mars membeli saham Murrie dan mengambil alih jenama M&M.

Bungkusan berwarna coklat masih digunakan hari ini diperkenalkan pada tahun 1948. Dua tahun kemudian, gula-gula ini mula dicetak dengan huruf “m” menggunakan warna hitam dan kini ditukar kepada putih pada tahun 1954.

Pelanggan digalakkan untuk mencari huruf “m” pada setiap bahagian gula-gula untuk memastikan mereka mendapat M&M yang sebenar.

5. Pada tahun 1976 hingga 1987, tiada M&M berwarna merah

Gula-gula M&M

Pada awal tahun 1970-an, kajian Rusia telah dikeluarkan berkaitan dengan pewarna merah No.2 iaitu pewarna makanan yang paling banyak digunakan di Amerika yang menyebabkan kanser dan kematian janin.

Berikutan lebih banyak kajian, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan mengharamkan penggunaannya pada tahun 1976.

Walaupun pewarna merah yang dipersoalkan tidak digunakan dalam M&M, namun Mars tetap mengeluarkan warna gula-gula merah untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna.

Berikutan permintaan awam, ia diperkenalkan semula pada tahun 1987 ketika pewarna merah No.2 terbukti bukan punca karsinogenik.

6. M&M adalah gula-gula pertama dibawa ke angkasa lepas

Gula-gula M&M

Kualiti yang sama ketika medan perang, menjadikan ia gula-gula yang sempurna untuk perjalanan angkasa. Oleh itu, atas permintaan dari kru kapal angkasa pertama NASA, Columbia, M&M menjadi gula-gula pertama ke angkasa pada tahun 1981.

Untuk memperingati pelancaran terakhir NASA pada tahun 2011, Mars bahkan membuat edisi khas M&M hanya untuk penerbangan yang dihiasi dengan gambar Atlantis bersama frasa “3, 2, 1 … berlepas!” pada 8 Julai 2011.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Lebih 7 Dekad Untuk Dicari, Banyak Lagi Fakta Tentang Kapal Layar Titanic