Filem Ryan Reynolds

Ryan Reynolds telah menjadi salah satu bintang filem yang terkenal di Hollywood. Seorang pelakon, penerbit, usahawan, dan lelaki berkeluarga, Reynolds telah memulakan kerjayanya sejak tahun 1990-an.

Selepas kerjaya awal di televisyen, Reynolds membuat kemunculan dalam filem National Lampoon pada tahun 2002, dan dengan serta-merta meletakkannya sebagai bintang kacak dalam filem lakonan.

Berikut adalah 5 filem lokanan terbaik dari Ryan Reynolds untuk ditonton.

1. Deadpool (2016)

Pengarah: Tim Miller

Barisan Pelakon: Ryan Reynolds, Morena Baccarin & TJ. Miller.

Wade Wilson, seorang tentera upahan menjadi sebuah eksperimen untuk menyembuhkannya dari kanser. Walau bagaimanapun, eksperimen tersebut menyebabkan wajah Wade menjadi hodoh dan dia memburu saintis itu untuk membalas dendam.

2. Buried (2010)

Pengarah: Rodrigo Cortés

Barisan Pelakon: Ryan Reynolds, José Luis García Pérez (Suara) & Robert Paterson (Suara)

Seorang pemandu trak Amerika Syarikat, Paul, diserang oleh rakyat Iraq dan mendapati dirinya ditanam sedalam enam kaki. Hanya mempunyai pemetik api dan telefon bimbit, ia adalah perlumbaan terhadap masa untuk melarikan diri dari keadaan klaustrofobia.

3. Mississippi Grind (2015)

Pengarah: Anna Boden & Ryan Fleck

Barisan Pelakon: Ben Mendelsohn, Ryan Reynolds & Yvonne Landry

Menghadapi kesulitan kewangan, Gerry bekerjasama dengan pemain poker berkarisma yang lebih muda, Curtis, dalam usaha mengubah nasibnya. Kedua-duanya bertolak ke selatan dengan harapan memenangi semula kerugian sebelum ini.

4. Adventureland (2009)

Pengarah: Greg Mottola

Barisan Pelakon: Jesse Eisenberg, Kristen Stewart & Ryan Reynolds

Pada musim panas tahun 1987, seorang graduan kolej melakukan pekerjaan di taman hiburan untuk membayar kos pelancongan idamannya. Kemudian, dia berjumpa dengan rakan sekerjanya iaitu Emily, dan jatuh cinta dengannya. Tetapi kerana mempunyai salah faham, mereka menghadapi masalah.

5. Definitely, Maybe (2008)

Pengarah: Adam Brooks

Barisan Pelakon: Ryan Reynolds, Rachel Weisz & Abigail Breslin

Seorang perunding politik cuba menjelaskan perceraiannya yang akan datang dan hubungan masa lalu kepada anak perempuannya yang berusia 11 tahun.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Samuel L Jackson: Setiap Filem Dan Siri TV Yang Akan Datang