Statue of Unity adalah patung tertinggi di dunia yang terletak di Gujarat, India. Berdiri hampir 600 kaki tinggi, Statue of Unity menggambarkan pejuang kebebasan India dan ahli politik bernama Sardar Vallabhbhai Patel.

Beliau merupakan salah seorang pemimpin yang paling menonjol dari Pergerakan Kemerdekaan India dan Timbalan Perdana Menteri Pertama India.

Hasil ciptaan Michael Graves & Associates dan kerjasama Pembinaan Turner dan Kumpulan Meinhardt, ia mengambil masa hampir 4 tahun untuk mereka bentuk dan membina patung ini.

Berikut adalah fakta tentang pembinaan patung tertinggi di dunia iaitu Statue of Unity.

1. 4 kali lebih tinggi daripada Patung Liberty yang terkenal di New York

Statue of Unity adalah patung yang paling tinggi di dunia dengan ketinggian 597 kaki. Ia hampir empat kali ganda ketinggian Patung Liberty di New York dan 75 kaki lebih tinggi daripada Patung Kuil Buddha di China.

2. Patung itu bernilai kira-kira $430 juta untuk dibina

Statue of Unity

Kerajaan Gujarat dilaporkan telah membayar lebih daripada separuh perbelanjaan untuk patung itu, manakala bakinya dibayar oleh kerajaan persekutuan atau sumbangan awam.

3. Lebih 3,000 pekerja digunakan untuk membina Statue of Unity

Lebih 3,000 pekerja termasuk 300 jurutera dari Larsen & Toubro (L&T) menyumbang tenaga dalam usaha pembinaan patung itu dan mengambil tempoh selama tiga setengah tahun untuk menyiapkannya.

4. Statue of Unity akan bertukar kepada warna hijau selepas 100 tahun

Statue of Unity

Bahan yang digunakan untuk membina patung ini adalah konkrit simen, gangsa dan keluli. Patung ini pada asalnya berwarna gangsa akan bertukar kepada warna hijau dalam kira-kira 100 tahun akibat proses penuaan semula jadi.

5. Boleh bertahan dari gempa bumi

Statue of Unity

Patung ini dapat bertahan dari gempa bumi dan kelajuan angin sehingga sekitar 100km sesaat kerana ia mempunyai struktur sebanyak tiga lapisan yang kukuh dan kuat.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca Seterusnya: Fakta Menarik Tentang Piramid di Mesir