Perniagaan keluarga yang berjaya pastinya boleh menawarkan daya tarikan dan membuatkan keluarga tersebut berpengaruh tinggi. Lebih-lebih lagi, perniagaan keluarga yang mempunyai nilai keaslian, tradisi, warisan, keturunan, dan kualiti yang telah wujud dari generasi ke generasi.

Dalam pada itu, kita sedia maklum terdapat beberapa keluarga berpengaruh disebabkan oleh perniagaan keluarga yang diwarisi selama berpuluh tahun. Berikut adalah lima keluarga paling berpengaruh dan terkaya di dunia:

1. Keluarga Walton – Walmart

keluarga berpengaruh

Anggaran Jumlah Kekayaan: US$215 bilion

Walmart adalah sebuah syarikat raksasa yang dimiliki oleh Walton, keluarga terkaya di Amerika dan boleh dikatakan keluarga terkaya di dunia. Pada tahun 2020, Jim dan Alice Walton masing-masing bernilai US$54 bilion dan masing-masing berada di kedudukan #8 dan #9, dalam senarai tahunan jutawan Forbes.

Diasaskan oleh Sam Walton di Arkansas pada tahun 1962, Walmart kini menjadi syarikat terbesar di dunia, dengan pendapatan tahun 2020 sejumlah US$524 bilion, dan lebih dari 2.2 juta pekerja dari Amerika Syarikat. Setakat 31 Oktober 2020, syarikat ini mengendalikan hampir 11,510 kedai runcit di seluruh dunia dan 5,347 kedai di A.S.

2. Keluarga Mars – Mars

Anggaran Jumlah Kekayaan: US$120 bilion

Mars adalah Walmart versi manisan, iaitu perniagaan keluarga pelbagai generasi yang murah dan popular. Hari ini, syarikat ini lebih terkenal dengan pembuatan coklat M&M. Pada tahun 2017, syarikat manisan terbesar di dunia ini dipelbagaikan dengan pembelian VAC, sebuah syarikat penjagaan haiwan peliharaan, dengan harga US$9.1 bilion.

Adik-beradik Jacqueline dan John Mars, yang datuknya, Frank Mars, mendirikan syarikat itu, masing-masing memiliki nilai bersih US$24.7 bilion, menduduki tangga ke #29 pada tahun 2020 dalam senarai tahunan jutawan Forbes. Syarikat ini kini dikendalikan oleh beberapa orang anak mereka, anggota keluarga Mars generasi keempat.

3. Keluarga Koch – Koch Industries

Anggaran Jumlah Kekayaan: US$109.7 bilion

Charles Koch memperoleh kekayaannya dari perniagaan minyak yang diasaskan oleh bapanya, tetapi hari ini mungkin lebih dikenali oleh masyarakat umum dengan kegiatan politikny, bertujuan untuk memajukan agenda konservatif.

Charles bekerjasama dengan abangnya David sehingga kematiannya pada tahun 2019. Charles bernilai US$38.2 bilion, menduduki tempat ke-18 dengan Julia Koch dan keluarga dalam senarai jutawan Forbes.

4. Al Saud – Keluarga Diraja Saudi

keluarga berpengaruh

Anggaran Jumlah Kekayaan: US$95 bilion

House of Saud, keluarga diraja Saudi, mempunyai sejarah monarki yang berlanjutan hampir seabad. Kekayaan besar keluarga itu, yang dianggarkan bernilai US$95 bilion, telah meningkat hasil pembayaran puluhan tahun dari Royal Diwan, pejabat eksekutif raja. Berhubungan dengan Saudi Aramco, syarikat paling menguntungkan di dunia dan gergasi industri minyak, memabolehkan keluarga kerajaan Saudi ini untuk terus mengumpulkan kekayaan.

Sukar untuk menilai kekayaan House of Saud secara tepat, sebahagiannya kerana keluarga ini mengandungi lebih kurang 15,000 ahli keluarga besar, kebanyakan dari mereka telah mendirikan perniagaan, menerima kontrak kerajaan, dan banyak lagi.

5. Keluarga Ambani – Reliance Industries

Anggaran Jumlah Kekayaan: US$81.3 bilion

Syarikat perindustrian India, Reliance Industries, satu-satunya syarikat Asia dalam senarai ini, boleh menjadi keluarga yang paling kurang dikenali kepada pembaca. Walaupun begitu, Mukesh Ambani, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang didirikan oleh mendiang bapa Mukesh pada tahun 1957, berada di tangga ke-21 dalam senarai jutawan Forbes, menguruskan penyulingan, petrokimia, minyak, gas, dan tekstil syarikat; sementara adiknya, Anil, menguruskan telekomunikasi, pengurusan aset, hiburan, dan penjanaan tenaga.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca seterusnya: Roy Sullivan, Pemegang Rekod Dunia Paling Banyak Disambar Petir