Baru-baru ini, tular satu kisah tentang kesetiaan seorang lelaki dari Indonesia dikenali sebagai Pak Arifin, yang menunggu cinta sejatinya dengan penuh harapan selama 26 tahun.

Menurut ciapan oleh Sipitdikit, Pak Arifin (yang meninggal pada tahun 2017), telah menunggu di tempat yang sama di Malang, Indonesia sejak tahun 1970, dengan harapan bahawa cintanya yang hilang akan kembali.

Sipitdikit menulis, “Mr. Gombloh atau Pak Arifin, seorang lelaki yang setia telah menunggu kekasihnya kembali sejak tahun 1970 di sebuah sudut di Kayu Tangan, Malang, hingga akhir hayatnya. Dia berada di tempat yang sama hampir setiap hari di sudut Kayu Tangan ini. Dia duduk di emperan sebuah kedai dengan tujuan menunggu kekasihnya tiba. Ada yang mengatakan bahawa dia telah menunggu dari tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an, entah mana yang benar.”

pak arifin

Menurut cerita yang dihebahkan lagi, lelaki tua itu terpisah dari kekasihnya suatu hari, sewaktu kejadian politik di Malang. Pasangan ini berjanji untuk bertemu satu sama lain semula, di tempat yang sama di mana mereka berjanji untuk bertemu setelah kota Malang menjadi aman. Pak Arifin menepati janjinya untuk menunggu kekasihnya di tempat perjanjian itu. Tetapi sayangnya, kekasihnya tidak pernah tiba dan tiada siapa pun tahu apa alasan kekasihnya itu.

Pak Arifin tidak tahu di mana kekasihnya, sama ada dia masih hidup atau sudah meninggal dunia. Namun, kesetiaan inilah yang mengorak langkahnya dari rumahnya di Ngantang ke kawasan Kayu Tangan. Dia percaya bahawa suatu hari, kekasihnya pasti akan tiba.

Malangnya, pada suatu hari, dia ditemui tidak sedarkan diri di kaki lima, dengan lebam di kelopak matanya yang menunjukkan bahawa dia telah terkena sesuatu. Dia dibawa ke Hospital Saiful Anwar di mana dia tidak terdaya untuk melawan sakitnya itu, yang rupanya disebabkan oleh kemalangan.

pak arifin

Kesetiaan Pak Arifin akan selalu dikenang oleh orang-orang yang mengenalinya, sama ada pernah bertemu dengannya secara langsung atau tersentuh hanya dengan mendengar kisah pilunya itu.

Walaupun Pak Arifin sudah beberapa tahun meninggal dunia, kisahnya yang tular ini telah memberi inspirasi kepada orang ramai tentang kewujudan cinta sejati.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca seterusnya: Fobia-fobia Aneh Yang Mungkin Orang Tak Pernah Tahu