Ada yang mengataka tujuh adalah nombor bertuah, tetapi Roy Sullivan, atau “Spark Ranger,” mungkin tidak akan setuju. Renjer Taman Negara Shenandoah nampaknya merupakan pengalir elektrik semula jadi, yang telah disambar petir sebanyak 7 kali.

Walaupun ada yang meragukan kisah-kisah Sullivan kerana tidak ada yang pernah menyaksikan kejadian sambaran itu, hanya kesannya sahaja, Guinness World Records dapat mengesahkannya sehingga memberi gelaran “Most lightning strikes survived” kepada Roy.

roy sullivan

Sambaran Pertama

Pada bulan April, 1942, Sullivan baru sahaja berkhidmat di Taman Negara Shenandoah selama enam tahun. Dia ditempatkan di menara pengawal Miller’s Head yang baru ketika ribut melanda. Disebabkan batang kilat masih belum dipasang pada menara yang baru ini, ia telah disambar petir sebanyak 7 atau 8 kali.

Sullivan memutuskan untuk keluar dari sana, tetapi hanya selepas beberapa meter dari menara, petir telah menyabar dirinya. Menurutnya, “It burned a half-inch strip all the way down my right leg, and knocked my big toe off. My boot was full of blood, and it ran out through a hole in the sole.

Sambaran Kedua

Hampir tiga dekad kemudian, pada tahun 1969, Sullivan sedang memandu trak taman ketika petir menyambar dua pokok di satu sisi jalan, kemudian melompat ke pokok lain di seberang jalan. Trak Sullivan ketika itu berada di antara pokok-pokok tersebut, dengan kedua-dua tingkap yang terbuka. Sullivan kemudian tidak sedarkan diri dan hampir memandu traknya ke tepi tebing. Ketika dia tersedar, Sullivan menyedari dia telah kehilangan bulu kening dan bulu matanya.

Sambaran Ketiga

Sambaran ketiga, setahun kemudian, berlaku semasa Sullivan tidak bertugas. Dia sedang berkebun di rumah ketika petir menyambar alatubah berdekatan dan melompat ke bahu Sullivan, lalu dia terjatuh dan terkena kebakaran ringan.

Sambaran Keempat

Sambaran yang keempat juga telah menyebabkan kebakaran pada Sullivan. “There was a gentle rain, but no thunder, until just one big clap, the loudest thing I ever heard. When my ears stopped ringing, I heard something sizzling. It was my hair on fire. The flames were up six inches,” katanya. Dia terus mendapatkan tisu basah dari tandas yang berdekatan untuk memadam api pada rambutnya.

Sambaran Kelima

Pada 7 Ogos 1973, Sullivan disambar petir untuk kali kelima. Sekali lagi, Sullivan berada di dalam trak, dan melihat kehadiran awan ribut. Menyedari nasibnya dengan petir, Sullivan berusaha melarikan diri dari petir. Sebaik sahaja dia berasa sudah selamat, Sullivan berhenti untuk melihat persekitaran. Malangnya, dia masih tidak terselamat dari terkena sambaran petir. “I actually saw the lightning shoot out of the cloud this time, and it was coming straight for me,” katanya.

Sambaran Keenam

Sullivan sedang berjalan di sepanjang jalan taman pada tahun 1976 ketika dia disambar untuk kali keenam. Lima bulan kemudian, Sullivan bersara dari Spark Ranger.

Sambaran Ketujuh

Pada 25 Jun 1977, Sullivan sedang memancing ikan trout ketika sambaran petir terakhir berlaku pada dirinya. Sambaran ke kepalanya telah membakar dada dan perutnya dan menyebabkan sebelah telinganya hilang pendengaran.

Sekiranya anda tertanya-tanya, nisbah kebarangkalian untuk seorang manusia disambar petir adalah sekitar satu dari 280,000,000. Manakala kebarangkalian untuk disambar petir tujuh kali pula adalah 4.15 dalam 100,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000.

roy sullivan

Namun ketika Sullivan meninggal, ia disebabkan oleh peluru, dan bukan panahan bolt. Pada tahun 1983, Sullivan meninggal dunia akibat luka tembakan yang dilakukan sendiri pada usia 71 tahun, yang dikhabarkan disebabkan kecewa cintanya ditolak.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca seterusnya: Selebriti-Selebriti Terkenal Yang Dikenakan Sekatan Ke Negara Lain