Wiser Plus Partnership Program merupakan satu usaha dalam membuka peluang kepada komuniti untuk berkongsi idea dan kandungan menarik dalam bentuk video yang akan dimuatkan ke saluran YouTube Wiser Plus

Lebih menarik lagi, setiap video yang terpilih akan diberi bayaran minimum sebanyak RM50/video bergantung kepada jenis dan kandungan video. 

Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk sertai program ini? 

Rakam diri anda di hadapan kamera tentang topik, isu, tips atau kisah menarik dan hantarkan video anda kepada kami. Pihak kami akan menyunting video tersebut. 

Setiap video yang dihantar akan dipilih oleh Editor Wiser Plus mengikut kesesuaian dan keadaan semasa. Video yang dihantar mungkin dipilih oleh Editor setelah sebulan dihantar. Bayaran akan diberikan selepas video diterbitkan di platform Wiser Plus.

Pastikan video penyertaan anda menepati syarat-syarat mudah berikut:

SYARAT-SYARAT VIDEO PENYERTAAN

  1. Kandungan video bebas kecuali yang berunsurkan keagamaan, politik dan rasisme.
  2. Tempoh masa rakaman video tidak melebihi 20 minit.
  3. Latar belakang video hanya perlu kelihatan kemas sahaja, tidak semestinya menggunakan green screenatau kosong.
  4. Audio dan percakapan haruslah jelas, digalakkan untuk menggunakan mikrofon (jika tiada, anda boleh menggunakan fon telinga sebagai alternatif kepada mikrofon).
  5. Gangguan bunyi/suara latar yang minimum.
  6. Visual video haruslah terang dan jelas.
  7. Kandungan/rakaman video yang sama tidak dibenarkan dimuat naik ke saluran lain atau mana-mana platform atas talian.

CARA-CARA MENGHANTAR VIDEO

  1. Sebelum menghantar video anda, sertakan maklumat berikut di ruangan e-mail:
    1. Tajuk kandungan
    2. Nama anda
    3. Laman media sosial anda
  2. Hantarkan video dan maklumat di atas ke [email protected].
  3. Akhir sekali, tunggu maklum balas daripada Wiser Plus.

Tambahan lagi, tiada had jumlah penyertaan untuk setiap individu. Seperti yang dimaklumkan tadi, RM50 akan diberikan untuk setiap video yang dihantar dan dipilih oleh Editor Wiser Plus.

Tunggu apa lagi? Jom jadi partner Wiser Plus!