Kisah legenda percintaan antara Layla & Majnun akan ditayangkan di platform Netflix pada 11 Februari 2021!

Pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa akan bergandingan dengan Reza Rahadian dalam filem ini. Saksikan trailer rasmi Netflix di bawah.

Barisan Pelakon: Acha Septriasa, Reza Rahadian, Uli Herdinansyah dan Dian Nitami

Pengarah: Monty Tiwa 

Filem ini diinspirasikan dari kisah pasangan Layla & Majnun. Drama romantik ini menggambarkan bagaimana cinta dapat mekar berkembang walaupun perlu menghadapi pelbagai cabaran dan halangan tradisi.

Ikuti kisah Layla, seorang sarjana Indonesia yang beragama dan berpendidikan tinggi. Ketika di Azerbaijan, dia jatuh cinta dengan seorang pemuda Azerbaijan bernama Samir.

Terperangkap dalam pernikahan yang diatur oleh keluarganya, Layla telahpun dijodohkan dengan Ibnu. Ada dua jalan yang harus dipilih oleh wanita ini. Ingin mengikuti keinginan hati atau meneruskan perkahwinan yang telah dirancang oleh keluarganya?

layla majnun

Jangan lupa untuk menonton kisah Layla & Majnun 11 Februari 2021, hanya di Netflix.

Sumber 1 & Sumber 2

Baca lagi: Anime “Slam Dunk” Sah Akan Diadaptasi Menjadi Filem