Buat penggemar filem To All The Boys, saksikan sekuel terbaru, “To All The Boys: Always and Forever” di platform Netflix pada 12 Februari 2021!

Setelah ditunggu-tunggu, akhirnya Netflix melancarkan trailer rasmi filem kegemaran ramai! Saksikan trailer tersebut di bawah.

Barisan Pelakon: Noah Centineo, Lana Condor, Janel Parrish dan Anna Cathcart

Pengarah: Michael Fimognari

Filem adaptasi novel karya Jenny Han berjaya mendapat sambutan hangat. Netflix akan kembali menghadirkan sambungan kisah percintaan remaja, Lara Jean dan Peter Covinsky dalam To All the Boys: Always and Forever.

Lara Jean dan rakan-rakannya sedang mempersiapkan diri untuk meninggalkan zaman sekolah menengah dan memasuki alam dewasa. Gadis ini membayangkan kehidupan yang akan berlaku bersama keluarga, kawan-kawan dan kekasihnya selepas tamatkan pengajian di sekolah nanti.

To All the Boys: Always and Forever akan mengungkap kemelut antara Lara Jean dan Peter Kavinsky mengenai tempat sambung belajar selepas ini. Adakah mereka akan belajar di universiti yang sama atau perlu menjalankan hubungan jarak jauh? Semuanya akan terungkai pada 12 Februari 2021 ini!

Setakat ini, Netflix sudah menayangkan dua filem To All the Boys iaitu To All the Boys I’ve Loved Before (2018) dan To All The Boys: P.S I Still Love You (2020). Nantikan kisah Lara Jean dan Covinsky di Netflix!

Sumber 1 & Sumber 2

Baca lagi: Lagu “Vibez” Oleh Zayn Malik Menjadi Pembuka Album Baru 2021