Space Sweepers, dibintangi oleh Song Joong Ki dan Kim Tae Ri, akan dilancarkan di Netflix pada 5 Februari, menurut perkhidmatan penstriman itu sendiri.

Filem thriller aksi fiksyen sains dari Korea Selatan ini telah diarahkan oleh Jo Sung Hee yang pernah mengarahkan filem A Werewolf Boy dan Phantom Detective.

space sweepers
Dari kiri: Yoo Hai-jin, Song Joong-ki, Kim Tae-ri, Jin Sun-Kyu

Sedikit sinopsis mengenai Space Sweepers:

“Berlatar belakangkan tahun 2092, kapal angkasa Victory adalah salah satu yang hidup dari serpihan angkasa yang masih bertahan. Kru yang berada dalam kapal tersebut terdiri daripada juruterbang angkasa Tae-ho (Song Joong-ki), bekas lanun angkasa Captain Jang (Kim Tae-ri), jurutera kapal angkasa Tiger Park (Jin Sun-kyu), dan robot tentera yang diprogramkan semula Bubs (Yoo Hai-jin). Setelah berjaya merampas pesawat ulang-alik yang terhempas, kru Victory menemui seorang gadis berusia 7 tahun di dalam. Mereka menyedari bahawa dia robot seperti manusia yang dikehendaki oleh Pengawal Angkasa UTS, dan memutuskan untuk menuntut wang tebusan sebagai pertukarannya.”

Lihat video trailer Space Sweepers yang baru sahaja disiarkan semalam:

Dari video di atas, Space Sweepers nampaknya seperti filem komedi aksi bajet besar, yang menampilkan visual yang mengagumkan dengan kapal angkasa dan robot dalam persekitaran angkasa lepas.

Nantikan filem ini nanti di Netflix!

Sumber 1 & Sumber 2

Baca seterusnya: Animonsta Studios Lancarkan Trailer Rasmi Animasi “Mechamato”