Tahun 2020, tahun di mana seluruh dunia dilanda wabak coronavirus. Berikut adalah filem-filem yang membawakan tema penyebaran virus.

  1. The Flu (2013)

Barisan Pelakon: Soo Ae, Jang Hyuk, Ma Dong Seok dan Park Min Ha

Pengarah: Kim Sung Su

The Flu merupakan filem dari Korea Selatan. Filem arahan Kim Sung Su mengisahkan tentang virus jangkitan H5N1. Penyebaran wabak selesema ini mampu membunuh mangsa dalam tempoh 36 jam.

Ketika operasi membanteras kemasukan pendatang haram dilakukan, salah seorang pendatang mati akibat satu jangkitan misteri. Dua individu yang menyeludup masuk turut mendapat jangkitan tersebut.

Usaha kuarantin gagal dibuat kerana jangkitan semakin merebak. Bandar Seoul ditutup. Saksikan bagaimana kerajaan Korea Selatan membanteras wabak yang telah mengorbankan banyak nyawa.

Pautan Filem: Amazon Prime – The Flu

2. Contagion (2011)

Barisan Pelakon: Marion Cotillard, Matt Damon, Laurence Fishburne, Jude Law

Pengarah:  Steven Soderbergh

Contagion merupakan filem thriller dari Amerika. Kisah ini diinspirasikan dari epidemik SARS 2002-2004 dan wabak selesema yang berlaku pada tahun 2009.

Filem Contagion mengisahkan tentang virus MEV-1 yang semakin tersebar ke beberapa kota dan menimbulkan banyak kematian. Virus ini dapat disebarkan melalui titisan dan masuk ke saluran penafasan. Penyelidik perubatan dan pegawai kesihatan awam bertungkus lumus untuk hasilkan vaksin bagi hentikan penyebaran ini.

Pautan Filem: Amazon Prime – Contagion

3. Alive (2020)

Barisan Pelakon:  Yoo Ah-in, Park Shin-hye, Oh Hye-won dan Jeon Bae-soo

Pengarah: Cho Il Hyung

Alive adalah berdasarkan skrip “Alone“, gabungan penulisan Matt Naylor dan pengarah Cho Il Hyung.

Filem ini mengisahkan tentang Oh Joon Woo, penstrim permainan video secara langsung. Seoul telah dikerumuni zombi berbahaya. Disebabkan keadaan luar yang terancam, dia cuba bertahan dengan duduk di apartmennya seorang diri. Dia perlu teruskan hidup walaupun terdapat gangguan bekalan air, wifi dan kekurangan sumber makanan. Anda boleh tonton filem Alive di Netflix!

Pautan Filem: Netflix – Alive

4. Blindness (2008)

Barisan Pelakon: Julianne Moore, Mark Ruffalo, Alice Braga dan Yusuke Iseya

Pengarah: Fernando Meirelles

Blindness diadaptasi dari novel bertajuk sama, karya Jose Saramago. Filem ini menceritakan tentang sebuah masyarakat yang mengalami wabak buta.

Filem ini bermula apabila penglihatan seorang lelaki Jepun tiba-tiba hilang. Penyakit tersebut tidak dapat dikenalpasti oleh doktor. Keesokannya, doktor tersebut juga menjadi buta. Mereka mula menyedari bahawa ia merupakan penyakit berjangkit. Kerajaan menempatkan semua pesakit tersebut di satu tempat.

Pautan Filem: Amazon Prime – Blindness

5. Quarantine (2008)

Barisan Pelakon: Jennifer Carpenter, Steve Harris, Jay Hernandez dan Johnathon Schaech

Pengarah: John Erick Dowdle

Quarantine mengikut rapat kisah wartawan bernama Angela Vidal dan jurukameranya yang ditugaskan merakam laporan anggota bomba di sebuah rumah pangsapuri. Penghuni di bangunan tersebut mendapat penyakit rabies akibat jangkitan virus.

Wartawan ini merakam peristiwa yang berlaku di dalam bangunan itu. Ada yang diserang dan digigit oleh Espinosa yang agresif.

Pautan Filem: Netflix – Quarantine

Baca lagi: Air Jordan 1 “Volt Gold” Menjadi Pembuka Tahun Baru 2021