Filem Suatu Ketika telah mula ditayangkan pada tahun 2019. Jika anda belum pernah menonton atau ingin menonton semula filem ini, anda kini boleh tontonnya di Netflix!

Barisan Pelakon: Pekin Ibrahim, Namron, Syafnida Suhaimi, Farah Ahmad dan Toby Keen

Pengarah: Prakash Murugiah

Berita baik buat peminat! Pengarah Prakash Murugiah dan Pekin Ibrahim mengumumkan filem Suatu Ketika boleh ditonton di platform striman popular Netflix bermula pada 24 Disember 2020.

Bagi yang belum pernah menonton, inilah masanya untuk anda dan seisi keluarga melayan filem tempatan terbaik ini.

Suatu ketika

Sedikit sinopsis tentang filem Suatu Ketika. Berlatarbelakangkan tahun 1952, bertempat di Ujong Pasir, Melaka. Filem ini mengisahkan tentang budak sekampung yang berumur dalam lingkungan 12 tahun.

Seorang budak lelaki berumur 12 tahun mempunyai masalah kesihatan. Namun, dia cuba sedaya upaya untuk tubuhkan pasukan bola sepak. Kesemua budak lelaki yang berasal dari latar belakang berbeza ini bersatu membentuk satu pasukan bola sepak.

Untuk melayakkan diri menyertai perlawanan JG Davidson Cup dan memenangi kejohanan piala remaja tempatan, pasukan ini perlu kalahkan juara bertahan iaitu pasukan sekolah British, St James.

Seorang guru dan pekebun sekolah menjadi pelatih mereka. Walaupun latihan, alatan dan kostum serba tak lengkap, mereka mempelajari semangat setia kawan yang tinggi ketika berlatih bersama-sama.

Pautan Filem: Netflix – Suatu Ketika

Sumber 1 & Sumber 2

Baca lagi: Lihat Persiapan Dokumentari “The Beatles: Get Back”