Pengarah Lord of the Rings, Peter Jackson baru-baru ini telah mendedahkan beberapa rakaman filem dokumentari The Beatles: Get Back yang sangat dinanti-nantikan.

Filem itu sepatutnya ditayangkan pada bulan September, namun ia telah ditunda ke 2021 disebabkan wabak Covid-19.

the beatles: get back

Berbicara tentang filem tersebut dari bilik suntingannya, Jackson berkata, “This film was due to be finished around about now, but like the rest of the world, has been affected by the COVID pandemic. And so the only good thing really is that we are in the movie in New Zealand and now that our country has largely stamped out the virus, we were able to come back into the cutting room and carry on with the editing that we’re doing.

Jackson mengatakan bahawa filem itu mempunyai akses kepada rakaman kumpulan The Beatles selama 56 jam yang tidak pernah dilihat.

I would say we’re about halfway through the edit now, but because you’ve been so patient and the film has been delayed until 2021, we thought it was a good time to give you a little sneaky preview of what we’ve been working on and the sort of vibe and the energy that the film is going to have.

Pengarah filem itu menjelaskan bahawa rakaman itu bukanlah video trailer dan juga bukan sedutan dari filem tersebut. Menurutnya lagi, kedua-dua video trailer dan filem tersebut akan hadir tahun hadapan.

Hopefully it’ll put a smile on your face in these rather bleak times that we’re in.

The Beatles: Get Back” adalah penceritaan lagu “Let It Be” dari Beatles, yang mendokumentasikan perpecahan kumpulan itu. Ini juga memuatkan rakaman tambahan dari “persembahan di atas bumbung” kumpulan legenda ini, yang merupakan persembahan langsung terakhir mereka.

Nantikan tayangan dokumentari kumpulan kegemaran semua ini!

Sumber 1 & Sumber 2

Baca seterusnya: Zack Snyder Akhirnya Mengumumkan Tarikh Tayangan “The Snyder Cut”