Kasut adidas x Cyberpunk 2077 kini tersedia secara rasmi di Malaysia untuk didapatkan melalui kedai dan laman web rasmi adidas, serta di JD Sports. Walaupun empat reka bentuk kasut utama ditawarkan di kedua-dua kedai, model kelima dari kolaborasi tersebut – X9000 4D (gambar di bawah) – dijual secara eksklusif melalui adidas.

Siri ini hadir dalam lima reka bentuk yang menampilkan tema dan warna yang diilhamkan oleh permainan video Cyberpunk 2077 yang akan datang oleh CD Projekt Red dari Poland.

Pelancaran kasut ini terhad untuk pasaran Asia tertentu sahaja, seperti yang dinyatakan oleh pengarah hubungan perniagaan syarikat tersebut pada minggu lalu di Twitter.

Menurut senarai laman web di kedua-dua kedai tersebut, keempat-empat reka bentuk X9000 L4 Cyberpunk 2077 dijual pada harga RM600 sementara model eksklusif adidas X9000 4D berharga RM999.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang adidas x Cyberpunk 2077 atau membuat pembelian, anda boleh layari laman web adidas ataupun laman web JD.

Sumber

Baca seterusnya: PlayStation x Cactus Jack Nike Dunk Low, Kolaborasi Yang Ditunggu-tunggu