Saturday, December 4, 2021

2 Menu McDonald’s Pada Harga Serendah RM5.99 Sahaja Setiap Hari

McDonalds telah memperkenal menu jimat yang dipanggil McSavers sejak April 2019 sehingga kini. Ia lebih sering disebut sebagai Mix & Match.

Tetapi, sebenarnya masih ramai yang tidak tahu berkenaan menu jimat daripada McDonalds ini. Jadi, jom kita lihat apa yang boleh dibeli untuk set McSavers ini.

Menu Sarapan Pagi

Menu sarapan pagi ini bermula jam 4 pagi hingga 10 pagi di semua cawangan McDonald’s di Malaysia.

Menu-menu gabungan McSavers ini sangat berbaloi kerana anda hanya perlu membayar sebanyak RM5.99 untuk dua menu sarapan yang mengenyangkan.

Lihat dan pilih gabungan menu pilihan anda. Rasanya, sarapan pagi ni mesti ramai yang tak tahu kewujudannya untuk McSavers.

Jadi lepas ni dah tahu bolehlah anda gabungkan menu seperti di atas ketika membeli di McDonald’s.

Menu Tengah Hari dan Malam

Menu seperti di atas ini sangat berbaloi untuk dibeli. Terdapat dua harga untuk set Mix & Match, McSavers McDonald’s ini iaitu RM5.99 dan RM6.50. Jom kita lihat menu apa untuk harga yang berasingan ini.

  • RM5.99

4 Ketul Nuget Ayam McDonalds, Bubur Ayam dan Cheeseburger

  • RM6.50

Nasi Lemak McDonald’s, McChicken dan Ayam Goreng McDonald’s.

Anda boleh pilih satu menu daripada salah satu harga tersebut dan ditambah dengan menu yang lain seperti yang dibawah :

  • Tea’
  • McCafe Premium Roast
  • Teh Tarik
  • French Fries
  • Apple Pie
  • Ice Lemon Tea
  • Coco Cola

Anda boleh nikmati menu-menu menarik daripada McDonald’s sepanjang hari dengan mudah dan cepat. Tetapi, set Mix & Match McDonald’s tidak boleh dibeli melalui McDelivery. Anda perlu pergi ke sana sendiri melalui Drive Thru atau Walk In ke dalam McDonald’s.

Baca Sekarang : Siapa Sangka Lagu Tema Restoran McDonald’s, “I’m Lovin It” Sebenarnya Suara Justin Timberlake

Sumber : McDonald’s Malaysia

Anis Maisarah
Nissy | 23 Tahun | Minat Thriller & Horror Movie | Eat Well, Live Well
ARTIKEL BERKAITAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

WISER+

18,147FansLike
22,000FollowersFollow
909FollowersFollow
41,100SubscribersSubscribe
- Advertisment -

Terbaru